Permohonan Moderator Bagi Program Pembangunan Belia Dibuka. Elaun & Latihan Disediakan
Anda cergas, bermotivasi tinggi dan berupaya untuk memberi inspirasi? Andalah yang Yayasan Pahang cari sebagai moderator! Program ini adalah bertujuan untuk menjalankan program latihan bersama belia-belia di Pahang. Bagi yang boleh mengendalikan kumpulan peserta yang besar serta berkemahiran, anda boleh mohon sekarang!
Individu yang berminat serta berkelayakan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online bagi jawatan Moderator Program Pembangunan Belia oleh Yayasan Pahang.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pencarian moderator program pembangunan belia Yayasan Pahang dan panduan buat permohonan di sini.
Isi Kandungan
PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA YAYASAN PAHANG
Untuk makluman anda, pencarian moderator yang dibuka ini adalah bagi program Pembangunan Belia oleh Yayasan Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk:
- Menjalankan program latihan bersama belia berumur 18 – 25 tahun di Pahang
- Sebuah taklimat mengenai program akan diberikan kepada meraka yang disenarai pendek melalui borang permohonan yang dibuka
FAEDAH MODERATOR
Berikut adalah faedah menjadi Moderator bagi Program Pembangunan Belia oleh Yayasan Pahang:
- Latihan disediakan
- Elaun disediakan
- Berkhidmat pada hujung minggu sahaja
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan jawatan sebagai Moderator Program Pembangunan Belia oleh Yayasan Pahang dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Berumur 27 tahun dan ke atas
- Mempunyai kemahiran komunikasi & soft skill yang tinggi
- Boleh mengendalikan kumpulan peserta yang besar
- Mempunyai kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris
- Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman mengendalikan program
- Mempunyai latar belakang bidang kaunseling adalah digalakkan
CARA MOHON
Mana-mana calon yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi Moderator Program Pembangunan Belia, anda boleh hantarkan permohonan secara online sehingga 25 Mac 2022 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan melalui pautan berikut:
Sebuah taklimat mengenai program akan diberi kepada mereka yang disenarai pendek melalui borang ini. Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak Yayasan Pahang.
Borang ini mempunyai dua bahagian (Bahagian A dan Bahagian B). Calon diwajibkan untuk mengisi semua bahagian. Maklumat calon akan digunakan hanya untuk tujuan Yayasan Pahang bagi Program Pembangunan Belia mengikut Akta Perlindungan Peribadi 2012 (PDPA).
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi En Akhumillah di talian 09 518 1800 atau alamat emel akhimullah@yp.org.my.