Cara Buat Semakan Penempatan & Tarikh Lapor Diri Calon Guru Baru Pengambilan One-Off

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada tahun 2021 telah mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia terutama Graduan yang berminat nak bina kerjaya dalam profesion perguruan, iaitu pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang calon.

Pelaksanaan inisiatif pengambilan besar-besaran ini adalah antara usaha KPM menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama serta memberi peluang penempatan kepada calon lepasan pengajian pendidikan. Untuk makluman, sudah ramai calon yang berjaya mendapat penempatan melalui inisiatif ini dan telah mulakan kerjaya masing-masing.

Bagi yang sudah buat semakan keputusan temuduga dan berjaya mendapat melepasi temuduga, anda boleh buat semakan penempatan secara online pada tarikh yang ditetapkan.

CALON TERLIBAT SEMAKAN PENEMPATAN

Jumlah calon yang telah berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan pendidikan (PPP) DG41 dan boleh buat semakan penempatan adalah melibatkan:

  • 2,611 calon

TARIKH SEMAKAN & LAPOR DIRI

Untuk makluman anda, kesemua calon-calon yang telah melepasi tapisan pengambilan ini boleh buat semakan penempatan dan lapor diri pada tarikh yang ditetapkan berikut:

  • Tarikh semakan penempatan: 15 Julai 2022
  • Tarikh lapor diri: 25 Julai 2022

SEMAKAN PENEMPATAN CALON GURU

Semakan penempatan calon guru masing-masing boleh dibuat bermula pada 15 Julai 2022 secara online, iaitu menerusi portal e-Graduan KPM di pautan berikut:

Melalui portal e-Graduan KPM ini, calon yang berjaya boleh buat semakan:

  • Tarikh lapor diri
  • Bahagian penempatan
  • Negeri penempatan
  • Sekolah penempatan

Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas. Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma