Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Hari Terbuka GLC 2022: Tawaran Peluang Pekerjaan & Biasiswa Menanti Rakyat Malaysia

Oleh Cikgu Shaari • March 11, 2022 • 2 min baca

Hari Terbuka GLC 2022: Tawaran Peluang Pekerjaan & Biasiswa Menanti Rakyat Malaysia
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Hari Terbuka GLC 2022, anjuran Kementerian Kewangan Malaysia yang akan berlangsung selama 3 hari sehingga 13 Mac 2022 menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan biasiswa kepada rakyat Malaysia selari dengan usaha kerajaan dalam membangunkan sosio-ekonomi negara.

Program Hari terbuka GLC 2022 ini akan diadakan di lokasi yang dinyatakan dengan penglibatan kira-kira 20 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terkemuka negara. Orang ramai terutamanya pencari kerja dalam pelbagai sektor dipelawa untuk sertai program yang akan diadakan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Hari Terbuka GLC 2022 serta senarai syarikat yang terlibat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Hari Terbuka GLC 2022
  • Anjuran: Kementerian Kewangan Malaysia
  • Tarikh program: 11 – 13 Mac 2022
  • Masa: 10 pagi hingga 9 malam
  • Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Bertemakan Aspirasi Masyarakat  Inspirasi Negara #KeluargaMalaysia, Hari Terbuka GLC menggariskan lima fokus utama iaitu rakyat, perniagaan, ekonomi, kesihatan awam dan agenda Bumiputera.

AKTIVITI TERLIBAT

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Antaranya ialah:

  • Laluan galeri imersif dan interaktif
  • Sesi wacana
  • Peluang pekerjaan
  • Tawaran biasiswa
  • Dapatkan info sumbangan GLIC dan GLC untuk negara
  • Makluman berkaitan GLC terlibat

SYARIKAT YANG TERLIBAT

Antara syarikat yang terlibat mengambil bahagian dalam menyertai Hari Terbuka GLC 2022 ini adalah:

  • Khazanah Nasional Bhd,
  • Permodalan Nasional Bhd (PNB),
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
  • Kumpulan Wang Persaraan (KWP),
  • Lembaga Tabung Haji,
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan
  • Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
  • Maybank
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Telekom Malaysia (TM)

Melalui landskap dunia yang berubah pantas, GLC dan GLIC membantu negara membina sebuah masa hadapan lebih cerah serta sejahtera dengan menggunapakai konsep terbaharu untuk memastikan kemakmuran yang mampan dan juga inklusif bagi rakyat.

Kedua-dua badan itu banyak membantu membina asas pembangunan Malaysia dan akan terus mencipta peluang pekerjaan serta impak sosio-ekonomi yang positif untuk pemulihan negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kementeriannya memulakan usaha penyelarasan fungsi badan berkenaan bagi memastikan terus mampu mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia pasca pandemik.

Hari terbuka itu akan memberi peluang untuk rakyat mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan sumbangan GLC dan GLIC.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.