Syarat Bergraduasi Dengan Anugerah Pelajaran DiRaja Serta Kelebihannya Pelajar Universiti Kena Tahu
Biasanya pelajar universiti yang baru di tahun pertama atau kedua pasti tidak tahu mengenai Anugerah Pelajaran DiRaja. Yang ambil tahu mengenai anugerah ini biasanya pelajar universiti tahun akhir yang bakal bergraduasi. Rugilah jika anda pelajar universiti tetapi tidak tahu dan tidak letakkan matlamat untuk bergraduasi dengan Anugerah Pelajaran DiRaja!
Anugerah Pelajaran DiRaja diberi kepada pelajar yang tamat pengajian dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik.
Jika anda nak tahu lebih lanjut mengenai Anugerah Pelajaran DiRaja, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria ditetapkan.
HADIAH PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA
Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-
- Sebuah pingat emas; dan
- Wang tunai RM7,500; dan
- Sijil Anugerah Pelajaran DiRaja
KRITERIA PENERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA
Anugerah Pelajaran DiRaja dianugerahkan kepada graduan yang mana hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan mengambil kira aspek-aspek berikut
- Keputusan peperiksaan keseluruhan
- Aktiviti kokurikulum
- Hadiah lain yang telah diperolehi
- Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan
- Berkelakuan baik
Jadi, bagaimana anda nak menjadi salah seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja? Syaratnya adalah anda mestilah hasilkan mutu dan pencapaian yang terbaik dalam aspek-aspek yang diambil kira di atas.
Pelajar mestilah tunjukkan prestasi dari semua aspek sejak daripada tahun pertama universiti sehingga tamat pengajian bagi melayakkan diri menerima Anugerah Pelajaran DiRaja. Bukan senang yang nak terima anugerah ini! Sebab itu setiap tahun di setiap universiti hanya beberapa orang sahaja menerima anugerah ini.
Graduan yang berjaya mendapat anugerah ini boleh dikatakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam setiap perkara di universiti di samping pencapaian dalam akademik yang baik.
Anda boleh lihat perkongsian seorang penerima Anugerah Pelajaran DiRaja yang kongsikan rahsia kejayaan beliau di bawah:
I think it’s time for me to share how I managed to achieve all of this. Should I? Again, good grades aren’t everything but at least they’ll help you a lot when it comes to applying jobs or pursuing your studies. Am I right right right?! pic.twitter.com/T01gbnkoik
— afiqah (@fatinnurafiqahh) August 9, 2019