Cara Mohon Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Jabatan Kebajikan Masyarakat Melalui Email
Panggilan buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat nak bina kerjaya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)! Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Pahang kini membuka peluang pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) untuk diisi orang individu yang bekelayakan.
Sekiranya anda berminat nak jadi salah seorang anggota JKM, anda boleh buat permohonan bagi jawatan ditawarkan. Permohonan boleh dibuat melalui email selewat-lewatnya pada 17 Februari 2023.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Pekerja Sambilan Harian JKM dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama Majikan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Nama Jawatan: Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Penempatan: Bertugas di JKM Negeri Pahang
- Kadar upah: RM54.00 Sehari
- Tarikh tutup: 17 Februari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan bagi pelantikan Pekerja Sambilan Harian JKM:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya
- Berkebolehan mengendalikan komputer dan mampu untuk bekerja secara berpasukan atau sendiri
- Mempunyai kemahiran dalam grafik dan multimedia adalah satu kelebihan (Adobe Photoshop/ Adobe Illustrator)
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh hantarkan permohonan selewat-lewatnya pada 17 Februari 2023 ke alamat email berikut:
- suparman@jkm.gov.my
Permohonan melalui email mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- CV/ Resume terkini
- Dokumen-dokumen berkaitan
Resume yang dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri yang dicari oleh majikan agar lebih mudah untuk anda terpilih menyandang jawatan yang dimohon. Ketahui cara menulis resume yang baik dan perkataan-perkataan yang perlu dielakkan dalam menulis resume.
Pemohon lepasan SPM yang masih tiada resume boleh download format resume lengkap di bawah:
PANDUAN MOHON KERJA MELALUI EMAIL
Bagi pemohon yang pertama kali memohon kerja melalui email, pastikan anda tidak hantar dokumen semata-mata dan jangan biarkan email anda kosong.
Apa yang perlu ada dalam email memohon kerja?
- Panggilan majikan/ HR (Tuan/Puan)
- Matlamat email dihantar
- Maklumat lulusan akademik
- Jenis jawatan yang dimohon
- Tempoh latihan yang calon lakukan sekarang (sekiranya ada)
- Sebab mengapa anda rasa anda layak mohon
- Makluman resume disertakan
- Maklumat untuk dihubungi
- Kepilkan Resume & dokumen seperti yang diminta
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja Melalui Email 2023