9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan • 9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •Peluang Kerjaya Bersama MARA 2026: Calon Lepasan SPM Jangan Terlepas, Ini Senarai Jawatan & Syarat Kelayakan •

JPA Tambah Baik Dasar Bekerja Dari Rumah, Ini Tempoh Pemberian BDR Terkini

Oleh Cikgu Shaari • March 11, 2022 • 2 min baca

JPA Tambah Baik Dasar Bekerja Dari Rumah, Ini Tempoh Pemberian BDR Terkini
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac 2022 kerajaan bersetuju untuk menambah baik Dasar Bekerja Dari Rumah.

Mulai 10 Mac 2022, semua ketua jabatan diwajibkan membenarkan pegawainya yang baru kematian suami atau isteri untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) sebaik sahaja tempoh tiga hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) tamat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

TUJUAN PENAMBAHBAIKAN DASAR BDR

Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah bagi Pegawai Perkhidmatan Awam adalah dengan matlamat untuk:

  • Memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam
  • Dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan

TARIKH KUATKUASA

Penambahbaikan peraturan ini dilaksanakan melalui MyPPSM Ceraian SR 4.1.2: Dasar Bekerja Dari Rumah berkuatkuasa mulai tarikh surat pekeliling dikeluarkan iaitu:

  • Mulai 10 Mac 2022

PENAMBAHBAIKAN DASAR BEKERJA DARI RUMAH

Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah bersetuju supaya Ketua Jabatan DIWAJIBKAN untuk:

  • Membenarkan/ mengarahkan Bekerja Daru Rumah (BDR) kepada Pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh 3 hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) telah digunakan

TEMPOH PEMBERIAN BDR

Tempoh pemberian BDR ini hendaklah bersesuaian dengan situasi pegawai dan:

  • Tidak melebihi tempoh 2 minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.

Dalam tempoh Bekerja Dari Rumah tersebut, ketua jabatan perlu menetapkan tugasan yang bersesuaian kepada pegawai berkenaan serta memantau pelaksanaan tugasan yang berikan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pekeliling yang dikeluarkan di bawah.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.