Kontak Rapat Covid-19, Ini Waktu Sesuai Buat Ujian Covid-19 Untuk Dapat Keputusan Sebenar
Perbelanjaan membeli kit ujian pantas (RTK) Antigen Covid-19 mungkin dapat dikurangkan sekiranya orang ramai tahu masa yang sesuai untuk melakukan ujian berkenaan. Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata, dengan pengetahuan itu masyarakat tidak akan membuat pembelian panik sehingga mengakibatkan bekalan tersebut tidak mencukupi di pasaran.
Tidak dinafikan dalam situasi kes jangkitan mendadak susulan gelombang Imucron ketika ini menyebabkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa membuat ujian RTK dalam tempoh yang kerap.
Namun, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM) sarankan kepada masyarakat untuk tidak membuat pembelian panik kerana kita kena faham dan tahu bila sebenarnya masa yang mengehendaki kita membuat ujian tersebut.
BILA WAKTU YANG SESUAI BUAT UJIAN?
Jika dilihat dari gambar rajah di bawah, untuk virus Covid-19, dia mempunyai viral load dalam badan biasanya paling tinggi masa hari ke 3-5 lepas dia dah masuk dalam badan kita. Sebab itu kebanyakan pesakit akan mula alami simptom semasa hari 3 – 5 ini. Sebab itu seleeloknya bila buat saliva atau swab test masa 3 -5 hari lepas dah mula ada simptom sebab masa itulah viral load dalam badan tinggi.
Jadi, bila waktu yang sesuai buat ujian? Menurut perkongsian di laman Facebook Dr. Erna Nadia jawapannya adalah:
- 3-5 hari selepas berjumpa dengan pesakit positif Covid-19 atau disahkan kontak rapat
- Namun jika anda ada simptom terus walaupun belum sampai 3-5 hari, anda dinasihatkan untuk buat ujian secepatnya tanpa menunggu tempoh tersebut.
- Jika tiada simptom, tunggu la hari ke 5 untuk pemeriksaan
Dr. Ariman, MD melalui perkongsian di laman Facebook memberi saranan kepada orang ramai untuk buat ujian kendiri pada:
- Hari pertama gejala muncul; ATAU
- Hari ketiga masih bergejala; ATAU
- Hari ketiga sebagai kontak rapat. Sama ada bergejala ataupun tidak
Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri tidak mewajibkan misalnya kontak rapat yang tidak bergejala tidak perlu buat ujian PCR. Tetapi KKM masih menyeru mereka untuk bertindak atas inisiatif sendiri. Boleh lakukan ujian kendiri ri rumah bagi melindungai warga rumah dahulu.