Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Program Sulung: Senarai Inisiatif KPT Bantu Pelajar B40 Sambung Belajar & Dapat Pekerjaan

Oleh Cikgu Shaari • February 23, 2022 • 2 min baca

Program Sulung: Senarai Inisiatif KPT Bantu Pelajar B40 Sambung Belajar & Dapat Pekerjaan
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi telah memulakan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) sebagai usaha Menyemarakkan Semangat KPT Prihatin. Menurut YB Datuk Seri Dato ‘Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, Program SULUNG ini akan membantu golongan siswa B40 melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Program ini mensasarkan golongan B40 yang belum mempunyai mana-mana ahli keluarga pernah jejak ke pengajian tinggi. KPT mensasarkan lebih ramai dari golongan B40 dapat menerima pendidikan peringkat pengajian tinggi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif KPT melalui Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG).

INISIATIF PROGRAM SULUNG

SULUNG atau Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia merupakan inisiatif oleh KPT bertujuan bantu pelajar B40 menjadi pertama dalam keluarga  sambung pengajian tinggi. Melalui program ini, pelajar B40 di Malaysia akan diberi laluan khusus ke universiti awam.

Bantuan Program SULUNG ini termasuk:

  • Laluan khusus ke universiti awam
  • Tawaran biasiswa
  • Asrama
  • Mentoring sehingga dapat pekerjaan

Selain menyediakan fasiliti pendidikan tinggi seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti, kerajaan juga sedaya upaya memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pengajian mereka dengan lebih selesa.

Bukan sahaja bantuan seperti kewangan, pelan data dan pengurangan yuran, malah kerajaan turut membantu memastikan para pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM SULUNG

Antara objektif pelaksaan Program SULUNG adalah:

  • Usaha membantu pelajar B40 menjejakkan kaki ke menara gading
  • Keluarkan mereka daripada kitaran B40
  • Membuat mereka lebih berdikari
  • Agar kejayaan dijadikan motivasi keluarga dan komuniti setempat

KAEDAH PEMILIHAN PELAJAR YANG LAYAK

Seperti yang dimaklumkan, mereka ini akan dipilih menerusi:

  • Menerusi sistem UPUOnline
  • Pelajar terpilih bakal diberikan biasiswa, kemudahan dan motivasi bagi membantu golongan B40 mengubah nasib diri dan keluarga.

Kerajaan ketengahkan nilai kebersamaan menerusi konsep Keluarga Malaysia dan dalam konteks pengajian tinggi, ia diterjemahkan menerusi pelbagai bentuk inisiatif. Ini bagi pastikan akses kepada pendidikan tinggi dapat dirasai semua terutamanya dalam kalangan keluarga B40.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan mengajak dan menyeru badan-badan korporat untuk tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program berkenaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.