Tawaran Skim Latihan Akademik Bumiputera/ Skim Latihan Akademik IPTA Di Universiti Malaya
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria untuk bidang-bidang yang disenaraikan sahaja untuk memohon Skim Latihan Bumiputera (SLAB) / Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) & Pasca Kedoktoran bagi tahun 2023.
Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA adalah satu program Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan untuk meningkatkan bilangan staf akademik berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) atau setaraf di Universiti Awam bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim latihan ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.
Isi Kandungan
SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA/ SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA
Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA adalah satu program Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan untuk meningkatkan bilangan staf akademik berkelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) atau setaraf di Universiti Awam bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
Melalui skim ini, Universiti Awam khususnya Universiti Malaya mengenalpasti calon-calon yang berkelayakan bagi ditawarkan Fellowship untuk mengikuti pengajian di peringkat PhD atau setaraf untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin.
Syarat Permohonan SLAB/ SLAI
Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Calon dan ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
- Calon Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik Bumiputera/Skim Latihan Akademik
IPTA. Manakala bagi calon bukan Bumiputera layak memohon Skim Latihan Akademik IPTA sahaja. - Calon telah mendapat tempat pengajian dengan Surat Tawaran Rasmi (surat tawaran rasmi boleh dikemukakan sebelum temuduga peringkat Fakulti/ Akademi/ Pusat).
- Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi peringkat PhD atau setaraf.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. (Calon yang belum tamat pengajian Ijazah Sarjana tidak layak untuk memohon
BIDANG PENGAJIAN SLAB/SLAI 2023
PROGRAM SUB KEPAKARAN/ PASCA KEDOKTORAN
Program Sub Kepakaran/Pasca Kedoktoran bertujuan memberi peluang kepada staf akademik yang telah mempunyai kelayakan Ijazah Kedoktoran (PhD) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti akademik lanjutan seperti pengajaran, penyelidikan, penulisan, penerbitan dan perundingan berhubung bidang pengajian yang dijalankan.
Staf yang ditawarkan biasiswa layak menerima elaun dan kemudahan yang ditawarkan oleh Universiti Malaya dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Syarat Permohonan Program Sub Kepakaran/Pasca Kedoktoran
Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Staf adalah warganegara Malaysia.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun di Universiti Malaya.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun selepas dianugerahkan PhD.
- Tempoh kursus yang dibenarkan adalah seperti berikut:
a) 6 bulan hingga 24 bulan bagi pengajian Sub Kepakaran; dan
b) 12 bulan hingga 24 bulan bagi program Pasca Kedoktoran mengikut surat tawaran pengajian. - Diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Pusat Tanggungjawab.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ditawarkan, anda boleh rujuk info lengkap di pautan berikut:
PANDUAN PERMOHONAN & MAKLUMAT LANJUT
Calon yang berminat dengan program yang ditawarkan boleh semak panduan lengkap buat permohonan beserta maklumat lanjut di iklan tawaran berikut:
Iklan Tawaran