Geran MyIce: Permohonan Geran Sehingga RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar
Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menawarkan geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar bagi memperkasakan pertubuhan di Malaysia.
Permohonan adalah terbuka kepada semua pertubuhan berdaftar di Malaysia dalam kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi. Jika berminat, pastikan anda buat permohonan secara atas talian selewat-lewatnya 31 Mei 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF PEMBERIAN MYICE
Objektif pemberian MyIce adalah bagi memperkasakan pertubuhan melalui:
- Tadbir urus yang baik
- Nilai kesukarelawanan melalui pertubuhan
- Kepimpinan yang unggul
KADAR GERAN DITAWARKAN
Geran MyIce yang ditawarkan kepada pertubuhan berdaftar adalah:
- Sehingga RM10,000
KATEGORI PERTUBUHAN
Kategori pertubuhan berdaftar yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Kategori Kebajikan
Ibu tunggal
Kebajikan masyarakat
Kebajikan ahli
Orang kurang upaya
Warga emas - Kategori Keselamatan
Pencegahan jenayah
Bomba sukarela - Kategori Hak Asasi
Alam sekitar
Pengguna
Manusia
Pendidikan - Kategori Sosial
Alumni
Pendidikan penduduk
Keturunan
PROSES PERMOHONAN GERAN MYICE
Berikut adalah proses membuat permohonan Geran MyICE
- Setiausaha pertubuhan membuat permohonan melalui Sistem eRoses (www.eroses.gov.my)
- Mengemukakan maklumat dan dokumen seperti yang dikehendaki
- JPPM Negeri akan membuat saringan dan syor
- Makluman melalui emel kepada persatuan yang diluluskan dan penyaluran peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian bersidang
- Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman
- Persatuan perlu kemukakan laporan program secara hard copy kepada JPPM selewat-lewatnya 60 hari program dilaksanakan
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman facebook Kementerian Dalam Negeri atau ke laman www.moha.gov.my.