Tarikh Pengumuman Kadar Dividen KWSP Bagi Tahun Kewangan 2022/ 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2 Mac 2022 lepas telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2021. Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50% bagi Simpanan Konvensional manakala kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Dengan kemudahan i-Akaun yang ada, pencarum KWSP kini boleh buat semakan jumlah dividen tahunan masing-masing yang diterima secara online sahaja. Namun, berapa pula kadar dividen KWSP 2022 bagi tahun kewangan 2022?
Pasti dah ramai yang tak sabar nak tunggu tarikh pengumuman dividen KWSP tahun kewangan 2022 ini kan?
Isi Kandungan
TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2022 / 2023
Setiap tahun, KWSP akan mengumumkan kadar dividen tahunan pada:
- Awal suku pertama tahun (Pertengahan/ penghujung bulan Februari atau awal Mac)
Jadi, anda boleh jangkakan dividen KWSP bagi tahun berakhir 2022 diumumkan pada bukan Februari atau Awal Mac 2023.
KADAR DIVIDEN KWSP 2021
Pada 2 Mac 2022, pihak KWSP telah mengumumkan kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan 2021 adalah seperti berikut:
- Simpanan Konvensional: 6.10%
- Simpanan Shariah: 5.65%
Baca juga: Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online
Kadar Dividen Pada Tahun Sebelumnya
Semak kadar dividen KWSP bagi tahun-tahun sebelumnya:
Ahli KWSP dinasihatkan untuk tukar akaun konvensional kepada akaun syariah bagi menjamin semua simpanan mereka adalah patuh syariah.
Baca juga: Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online
Apabila kadar dividen KWSP bagi tahun kewangan 2022 nanti telah diumumkan, Ahli KWSP boleh semak jumlah dividen yang diterima berdasarkan baki simpanan secara online dengan mudah. Rujuk panduan di bawah: