Langkah Buat Tempahan Janji Temu Tarikh, Masa & Lokasi Vaksinasi Anak Melalui MySejahtera
Fungsi baharu dikenali Sistem Janji Temu yang diwujudkan di aplikasi MySejahtera memberi kebebasan kepada ibu bapa untuk memilih kesesuaian tarikh, masa serta lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan janji temu untuk Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Ia merupakan antara penambahbaikan yang dilakukan bagi menggalakkan pendaftaran vaksin kepada kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun yang kini bermula secara berperingkat. Selepas pendaftaran dibuat, ibu bapa akan menerima pautan secara berperingkat melalui notifikasi di aplikasi MySejahtera atau sistem pesanan ringkas (SMS).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Sistem Janji Temu dan panduan buat tempahan janji temu vaksinasi kanak-kanak.
Isi Kandungan
PERINGATAN PENTING UNTUK IBU BAPA
Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit MySejahtera, Dr Husni Za’eem Abd Hadi menekankan beberapa perkara penting buat ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk mendapat vaksin Covid-19:
- Pastikan ibu bapa mendaftar, dan seterusnya pautan akan mula dihantar secara berperingkat berdasarkan kawasan, tarikh pendaftaran dan sebagainya.
- Selain menunggu mendapatkan pautan, paling utama adalah memastikan jenis vaksin yang dipilih
-
Pastikan anda memilih Pfizer untuk kanak-kanak sebelum membuat pilihan tarikh, waktu, dan lokasi PPV dalam memastikan anda mendapatkan vaksin yang betul.
- Pastikan anak-anak yang telah cukup tarikh lahir, contoh lahir 3 Februari (genap lima tahun) setelah 3 Februari baru boleh buat janji temu
- Sekiranya ibu bapa tersilap memilih jenis vaksin atau lokasi PPV, pembatalan slot janji temu boleh dibuat pada pautan yang disediakan sebelum membuat tempatan slot janji temu baharu
Buat masa ini dibuka secara berperingkat dan Lembah Klang akan mula mendapat pautan (terlebih dahulu) sekiranya ibu bapa telah mendaftar di MySejahtera untuk anak-anak.
Baca juga: 3 Langkah Daftar Vaksin Covid-19 Kepada Anak 5 – 12 Tahun
LANGKAH BUAT TEMPAHAN JANJI TEMU VAKSINASI KANAK-KANAK
Berikut adalah panduan buat tempatan janji temu untuk setkan tarikh, masa dan lokasi suntikan vaksinasi kanak-kanak:
- Pergi ke laman utama aplikasi MySejahtera anda
- Tekan butang Vaksinasi Covid-19
- Daftarkan anak anda sebagai tanggungan vaksinasi
- Pilih anak anda yang ingin diberikan vaksinasi Covid-19
- Selepas anak anda didaftarkan, sila tunggu untuk pautan janji temu yang akan diberikan secara berperingkat. Sila semak MySejahtera anda dari semasa ke semasa
– Dah ada pautan, klik pautan tersebut untuk membuat tempahan janji temu - Sila tandakan pada petak yang berkenaan
- Sila tekan “SAHKAN
- Klik di sini untuk memilih jenis vaksin
- Pilih “PFIZER (CHILDREN)” untuk anak anda
- Sila tekan SAHKAN
- Masukkan Poskod anda atau Nama PPV yang berdekatan dengan anda dan tekan CARI
- Masukkan Nama PPV & Alamat PPV
- Pilih slot janji temu vaksinasi anak anda
- Tekan “LIHAT SELANJUTNYA” untuk melihat lebih banyak slot janji temu vaksinasi
- Pastikan Nama PPV, Jenis vaksin, tarikh dan masa janji temu adalah betul
- Klik SAHKAN
- Anda akan mendapat pengesahan slot janji temu vaksinasi anda
Anda juga boleh rujuk panduan bergambar di bawah:
Kemudian ibu bapa perlu menunggu pautan yang akan diberikan berdasarkan kriteria termasuk tarikh pendaftaran atau status komorbiditi.