e-Daftar: Cara Dapatkan No. Cukai Pendapatan Buat Pembayar Cukai Baru Secara Online
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautin dan pendapatan.
Sekiranya anda mendapati anda layak dikenakan cukai pendapatan, anda mestilah buat permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan yang boleh dilakukan cawangan LHDN berhampiran. Selain daripada hadir ke cawangan, pembayar cukai baru yang nak dapatkan nombor cukai pendapatan boleh dapatkan secara online di e-Daftar.
Kenapa nak susah-susah ke kaunter sedangkan anda diberi kemudahan untuk buat secara online? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan dapatkan nombor cukai pendapatan melalui e-Daftar.
Rujuk: Jumlah Pendapatan Individu Yang Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2021
Isi Kandungan
CARA DAPATKAN NOMBOR CUKAI PENDAPATAN
Berikut adalah 2 kaedah dapatkan nombor rujukan cukai pendapatan:
Dapatkan Di Cawangan Berhampiran
Permohonan pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan berhampiran. Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah:
- Satu salinan Borang penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/ Slip Gaji terkini
- Satu salinan kad pengenalan/ kad pengenalan polis/ kad pengenalan tentera/ passport antarabangsa
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada)
e-DAFTAR
e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai. Untuk mendapatkan nombor cukai pendapatan melalui e-Daftar, anda boleh terus ke pautan berikut:
HANTAR BORANG CUKAI PENDAPATAN SECARA ONLINE
Dah dapatkan nombor cukai pendapatan? Dengan kemudahan yang ada kini, anda boleh hantar borang cukai pendapatan untuk buat bayaran cukai pendapatan tahunan secara online melalui e-Filling.
E-FILING merupakan satu untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Melalui kaedah ini, pembayar cukai boleh menghantar borang ini dengan mudah, cepat dan selamat tanpa perlu pergi ke kaunter LHDNM.
Pembayar cukai baharu yang ingin menghantar borang cukai pendapatan melalui e-Filing perlu dapatkan nombor pin terlebih dahulu.
Rujuk: Panduan Permohonan No. Pin e-Filing Untuk Pembayar Cukai Pendapatan Baharu
Tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun adalah tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir.
Bagi yang belum pernah menghantar borang cukai pendapatan melalui e-Filing dan tak tahu caranya, anda boleh rujuk panduan mudah dan lengkap di sini:
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara isi borang e-Filing cukai pendapatan individu (Borang BE/B) 2022 ini boleh hubungi talian 1-800-88-5436 serta layari laman web rasmi LHDN.
Baca juga: Terlupa Kata Laluan e-Filing? Ini 3 Cara Reset Kata Laluan e-Filing