Semak 9 Perkara Ini Sebelum Mohon Kerja Di SPA9 Jika Nak Mudah Dapat Panggilan

Sebelum membuat permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui sistem permohonan SPA9, pastikan anda buat sedikit kajian mengenai pengambilan jawatan yang ingin dimohon.

Antara kajian yang boleh anda lakukan sebelum mohon jawatan di SPA9 adalah dengan rujuk Trend Pelantikan Jawatan Mengikut Kelayakan yang dikeluarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA dan baca sebab anda tidak melepasi syarat permohonan SPA.

Selain daripada itu, ada beberapa perkara penting yang anda perlu semak sebelum mohon sesuatu jawatan. Jika anda semak 9 perkara ini, pasti mudah anda dapat panggilan selepas ini!

9 PERKARA PERLU DISEMAK SEBELUM MOHON JAWATAN

Berikut adalah 9 perkara yang perlu disemak sebelum mohon sesuatu jawatan di SPA9:

Trend Pelantikan Jawatan

Pertama sekali, anda perlu tahu jenis jawatan yang kerap buat pengambilan. Anda kena mohon jawatan yang kerap buat pengambilan dengan menyemak trend pelantikan jawatan yang dikeluarkan oleh SPA. Anda kepentingan untuk semak trend pelantikan jawatan ini adalah:

Mengambil kira data pelantikan setiap jawatan yang ditawarkan

  • Menilai jenis jawatan yang tiada pengambilan langsung
  • Mengelakkan dari memohon jawatan yang tiada pengambilan
  • Mengelakkan memohon jawatan yang membuat pelantikan terlalu sedikit dalam setahun (ada yang hanya mengambil 1 orang sepanjang 4 tahun)

Rujuk: Trend Pelantikan Jawatan SPA Terkini

Semak Jawatan Yang Buka Permohonan

Macam mana nak tahu SPA ada buka pengambilan sesuatu jawatan? Sebenarnya anda boleh semak dari masa ke semasa jawatan terkini yang buka pengambilan baru. Jika anda nampak ada pengambilan bagi jawatan tersebut dan anda berkelayakan, anda boleh terus mohon melalui laman SPA9 sebelum tarikh tutup permohonan.

Anda boleh semak senarai jawatan yang buka pengambilan dari masa ke semasa di laman berikut:

Semak Kelayakan Untuk Jawatan

Sebelum nak masukkan jawatan untuk dimohon dalam SPA9, pastikan anda semak dahulu syarat kelayakan dan jawatan yang sesuai dimohon supaya peluang untuk anda dipanggil temuduga nanti tinggi.

Syarat kelayakan bagi setiap jawatan boleh disemak di laman berikut:

Jawatan Untuk Degree/ Master/ PhD

Anda merupakan lulusan degree/ master/ PhD? Jangan sia-siakan kelayakan yang anda ada! Anda boleh mohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda. Anda boleh semak senarai jawatan ditawarkan dengan kelayakan tersebut serta syarat kelayakan bagi setiap jawatan.

Semak senarai jawatan untuk lulusan degree/ master/ PhD di sini:

Jawatan Untuk Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC

Sekiranya anda lepasan Diploma atau STPM, anda juga perlu semak jawatan apa yang ada sesuai dengan kelayakan untuk anda mohon. Setiap jawatan turut disertakan maklumat tentang gaji, deskripsi tugas dan lain-lain.

Semak senarai jawatan untuk lulusan Diploma/ STPM/ STP/STAM/ HSC di sini:

Lepasan Matrikulasi

Bagi yang taktahu, lepasan matrikulasi juga layak untuk buat permohonan jawatan di SPA9. Namun sebelum nak pilih jawatan pastikan anda semak dahulu jenis jawatan yang sesuai dimohon oleh lepasan Matrikulasi.

Semak senarai jawatan untuk lulusan Matrikulasi di sini:

Lepasan PMR Dan SPM

Lepasan PMR dan SPM juga berpeluang untuk mohon pelbagai jawatan di SPA9 ya! Namun anda mestilah semak syarat kelayakan dahulu. Jika memenuhi kriteria anda dan pencapaian anda layak seperti yang dinyatakan dan syarat lantikan, lebih mudah untuk anda dapat panggilan nanti.

Semak senarai jawatan untuk lulusan PMR & SPM di sini:

Bakat & Latihan Separa Perubatan

Jawatan untuk kelayakan bakat juga disediakan dan sesiapa yang berminat memohon Latihan Separa Perubatan juga diberikan maklumat dalam laman SPA. Pastikan anda semak syarat kelayakan dahulu.

Semak senarai jawatan untuk Bakat & Latihan Separa Perubatan di sini:

Semak Tempoh Sah Laku Permohonan

Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran (iaitu tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon dalam Sistem SPA9). Pastikan anda sentiasa semak tempoh sah laki pendaftaran jawatan anda di SPA9.

Jangan pernah putus asa dalam membuat permohonan kerana jika ada rezeki anda, pasti anda akan dipanggil nanti! Elakkan daripada buat 6 Punca Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Untuk tidak terlepas sebarang notifikasi daripada pihak SPA mengenai penjadualan atau keputusan, calon dinasihatkan untuk buat sentiasa buat semakan melalui 3 SALURAN INI.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma