Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam Dinaikkan 160 Hari, Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR Sebanyak 80 Hari

Oleh Cikgu Shaari • February 2, 2022 • 2 min baca

Gantian Cuti Rehat Penjawat Awam Dinaikkan 160 Hari, Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR Sebanyak 80 Hari
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menukar jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-suarat yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian awal award tunai GCR serta syarat kelayakan.

TARIKH PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GCR

Kebenaran pemberian awal award wang tunai GCR ini berkuatkuasa pada:

  • Mulai 1 Januari 2022

SYARAT KELAYAKAN

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan:

  • Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 15 tahun
  • Telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat
  • Jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 80 hari
  • Bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan

PENGIRAAN PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GCR

Pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR dilaksanakan seperti berikut:

  • Pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR menggunakan formula yang sama bagi pengiraan GCR apabila seseorang pegawai bersara
  • Pengiraan pemberian awal GCR akan mengguna pakai gaji hakiki bulanan yang diterima termasuk apa-apa elaun dan imbuhan tetap yang ditentukan oleh kerajaan yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai tetapi tidak termasuk elaun berpencen
Formula pengiraan: 1/30 x gaji semasa diterima x 80 hari
Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.
Jabatan Perkhidmatan Awam maklumkan, sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

PERANAN KETUA JABATAN

Ketua jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuatkuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

Untuk maklumat lanjut berhubungi perkata GCR, anda boleh ajukan ke talian 03 8885 4686// 4428/ 4431/ 4670/ 4427/ 4729 atau emel ke pertanyaan.gcr@jpa.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.