“Kenapa Anda Kerap Tukar Kerja?” Ini Contoh Jawapan Jika Ditanya Dalam Temuduga Kerja
Apabila panel penemuduga tengok pengalaman kerja anda yang pelbagai dan melihat anda sering sangat bertukar kerja, pasti akan timbul tanda tanya dalam diri mereka. Maklumkan, penemuduga akan fikir anda seorang yang suka “lompat kerja” untuk mendapatkan gaji lumayan.
Jika mereka tahu anda seorang yang mudah sangat bertukar kerja, pasti sukar mereka ambil anda bekerja kerana biasanya majikan lebih mahu cari pekerja yang mampu bekerja dalam tempoh yang lama.
Bagaimana jika penemuduga tanya sebab anda kerap menukar kerja? Jangan risau, anda boleh lihat contoh di bawah untuk dijadikan rujukan.
Isi Kandungan
PANDUAN JAWAB SOALAN
Berikut adalah panduan menjawab soalan sekiranya ditanya sebab anda sering menukar kerja:
- Jangan beri alasan anda mudah bosan bekerja di sesuatu tempat
- Jangan nyatakan bahawa anda “lompat kerja” untuk mendapatkan gaji lumayan
- Gunakan perkataan “meningkatkan kerjaya” atau “menambah kemahiran”
- Nyatakan bahawa pengalaman lepas akan anda gunakan dalam kerja akan datang
CONTOH JAWAPAN
Berikut adalah contoh jawapan yang boleh anda boleh jadikan rujukan:
“Saya kerap menukar kerja saya kerana saya sukakan pengalaman yang baru dan dalam masa yang sama saya sukakan cabaran. Setiap syarikat berlainan memberikan saya pengalaman yang berbeza. Jadi, saya gunakan pengalaman di setiap syarikat untuk saya bina kerjaya dalam masa yang meningkatkan kemahiran kerja saya hasil daripada cabaran-cabaran yang saya hadapi sepanjang bekerja.
Daripada pengalaman saya bekerja di beberapa buah syarikat juga telah membuatkan saya lebih bijak untuk menilai sesuatu hasil kerja yang lebih berkualiti. Saya yakin pengalaman saya bekerja di beberapa syarikat ini dapat saya gunakan di syarikat tuan/puan dengan baik serta bakal menghasilkan kerja yang berkualiti.”
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menjawab soalan temuduga dengan bijak. Ingat, setiap jawapan yang diberikan mestilah beserta dengan jawapan yang tepat.
Selamat maju jaya!