Management Apprentice: Tawaran Program Perantis Pengurusan McDonald’s Buat Graduan Semua Bidang
Jom bina kerjaya gemilang dengan menyertai Program Perantis Pengurusan McDonald’s secara PERCUMA! Program di bawah PENJANA KPT-CAP ini merupakan kerjasama di antara McDonald’s Malaysia dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) bagi memberi peluang kepada para graduan tanpa mengira bidang.
Anda lepasan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang tercari-cari haluan kerjaya yang bermakna? Jangan lepaskan peluang ini! Graduan yang berminat sertai program pengurusan ini boleh buat pendaftaran secara atas talian sehingga 9 Februari 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama program: Management Apprentice McDonald’s
- Tempoh program: 8 – 15 bulan
- Elaun: RM60 sehari/ minima 8 jam sehari
- Kerja Lebih Masa (OT): 4 jam sehari (jika diperlukan)
- Tarikh tutup pendaftaran: 9 Februari 2022
MATLAMAT PROGRAM
Program ini ditawarkan kepada graduan semua bidang dengan matlamat untuk:
- Mendapatkan kemahiran sepanjang hayat
- Menggarap potensi diri ke peringkat tinggi
- Membina kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan tempatan dan antarabangsa
FAEDAH PERANTIS
Antara faedah yang diterima adalah:
- Pakaian seragam disediakan
- Makanan waktu rehat disediakan
- Medical Claim RM25/sebulan
- Percuma Kursus Keselamatan Makanan (bernilai RM80)
- Percuma Suntikan Typhoid (bernilai RM80)
- Sijil Tamat Latihan
SYARAT KEMASUKAN
Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat berikut:
- Pemegang Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf MQA/ KPT
- Graduan tahun 2019, 2020 dan 2021
- Mengikuti Program Sijil Kompetensi Pengurusan Restoran di KYPT (Tempoh: 18 hari) – Yuran, asrama dan makan minum percuma
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengembangkan bakat dan kerjaya anda di McDonald’s Malaysia yang mempunyai lebih 14,000 kakitangan di seluruh negara!
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat dengan program ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat pendaftaran sebelum 9 Februari 2022. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengembangkan bakat dan kerjaya anda di McDonald’s Malaysia yang mempunyai lebih 14,000 kakitangan di seluruh negara!
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi Chef Fazi (017 7513394) atau Cik Hanim (0167157216).