Portal Bantuan Banjir: Semak Senarai Penuh Bantuan & Pembiayaan Kerajaan Untuk Mangsa Banjir
Kerajaan telah memperukkan lebih 2.03 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Bagi memudahkan rakyat mengetahui mengenai pelbagai inisiatif bantuan banjir, Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan portal sehenti bagi memastikan rakyat yang terkesan lebih mudah membuat pencarian serta permohonan bantuan dalam memulihkan kehidupan mereka seperti sedia kala.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan oleh kerajaan melalui Portal Khas Bantuan Banjir.
Isi Kandungan
ASPEK BANTUAN
Bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas adalah meliputi aspek berikut:
- Bantuan Tunai
– Kerajaan serta agensi-agensi berkaitan bersepakat menyalurkan bantuan tunai bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir - Pembiayaan
– Pelbagai bantuan pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium selama 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir memulihkan kehidupan mereka segera - Bantuan Komuniti
– Penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh Kerajaan dan agensi-agensi bagi kerja-kerja pemulihan akibat banjir
SENARAI BANTUAN
Berikut adalah senaria bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada mangsa banjir:
Bantuan Tunai
- Bantuan Wang Ihsan seisi rumah – RM1,000
- Bil Elektrik bagi pengguna domestik – Rebat 100%
- Pembelian Peralatan Elektrik – Rebat RM500
- Sumbangan pembelian barangan keperluan asas – RM2,500
- Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia
- Kos Alat Ganti Kenderaan
- Pembaikan kenderaan oleh syarikat lain
- Bantuan Kematian Wang Ihsan – RM10,000
Pembiayaan
- Moratorium bantuan pinjaman akibat banjir – AIBIM
- Kemudahan pinjaman untuk PKS – BNM, AIBIM
- Kemudahan pinjaman Perusahaan Mikro – BNM, AIBIM
- Bantuan Pinjaman MyRinggit i-Banjir – BSN
- Pinjaman Pemulihan Banjir RM100,000 – TEKUN Nasional
Bantuan Komuniti
- Bantuan daripada GLC/GLIC – GDRN
- Kerja-kerja pemulihan – Penambahbaikan Sumber Tenaga
- Pembersihan & Pembaikan Rumah RM5,000
- Pembinaan semula rumah yang mengalami kerosakan serius RM56,000
PORTAL BANTUAN BANJIR
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan-bantuan banjir yang disediakan oleh banjir seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh terus ke Portal Bantuan Banjir di melalui pautan berikut:
Kerajaan berharap kesemua inisiatif ini dapat membanti meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir.
Semoga bermanfaat!