Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pelekat RFID Yang Rosak Boleh Diganti Secara Percuma Dengan Ikut Langkah Ini

Oleh Cikgu Shaari • January 20, 2022 • 3 min baca

Pelekat RFID Yang Rosak Boleh Diganti Secara Percuma Dengan Ikut Langkah Ini
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah lebih 20 tahun memudahkan pembayaran tol pengguna lebuh raya, Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dikurangkan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Jadi, pengguna jalan raya dah boleh dapatkan RFID secara online atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan di kenderaan masing-masing. Bagi yang dapatkan RFID dan mendapati pelekat RFID anda rosak, anda boleh dapatkan ganti secara percuma tau!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan dapatkan gantian pelekat RFID yang rosak secara percuma.

Baca juga: Cara Mudah Aktifkan RFID & Pasang RFID Tag Pada Kenderaan

PLUS GANTI PELEKAT RFID ROSAK SECARA PERCUMA

Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menerima gantian pelekat itu secara percuma.

Ketika ini, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.

Bagaimana Nak Dapatkan Gantian RFID Secara Percuma?

Untuk makluman anda:

  1. Petugas PLUS akan ‘standby’ dengan peranti ‘hand held’ di plaza tol
  2. Kalau RFID tidak dapat kesan, petugas akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke firment (pusat pemasangan) Touch n Go  yang terdekat untuk periksa RFID
  3. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat ‘detect’, kita akan beri RFID ‘tag’ yang baharu secara percuma

Penambahbaikan Segera Penggunaan RFID

Sebelum ini media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak ketika hujan.

Ini mengakibatkan ramai pengguna meluahkan rungutan dan PLUS telah mengambil tindakan penambahbaikan segera dengan:

  • Menggandakan kehadiran petugas mereka di plaza tol s
  • Meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID

Pengguna lebuh raya tidak perlu bimbang kerana kaedah pembayaran menggunakan kad TnG dan Smartag masih terdapat di kebanyakan plaza tol di seluruh negara.

Projek perintis sistem RFID ini dilihat lebih menjimatkan kerana ia sifar penyenggaraan dan lebih selamat serta bayaran dihubungkan dengan akaun e-dompet yang boleh dibayar secara debit automatik.

KEMUDAHAN RFID

Menjawab mengenai rungutan netizen mengenai harga pelekat RFID yang dikatakan tinggi,  harga RM35 itu telah ditetapkan oleh pihak TnG.

Transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 15 Jan lepas.

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch ‘n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.