Program SAVE 3.0: Daftar & Terima Baucar Shopee/ Lazada RM400 Setiap Keluarga Di Malaysia
Program 2.0 sebelum ini telah diperkenalkan oleh SEDA Malaysia di bawah Kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan kolaborasi dengan Shopee bagi meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Namun baru-baru ini Menteri Tenaga dan Sumber Asli melancarkan SAVE 3.0 yang dijangka akan memanfaatkan 140,000 isi rumah di negara ini. Program SAVE 2.0 sebelum ini menawarkan e-rebat sebanyak RM200 dan hanya terhad kepada pembelian penyaman udara atau peti sejuk sahaja.
Program SAVE 3.0 kali ini menawarkan lebih banyak pilihan peralatan elektrik dengan kadar rebat yang lebih menarik!
Isi Kandungan
TAWARAN PROGRAM 3.0
Seperti yang dinyatakan tawaran Program SAVE 3.0 adalah lebih menarik daripada yang sebelum ini iaitu SAVE 2.0. Program SAVE 3.0 menawarkan:
- Baucar RM400 bagi pembelian peralatan elektrik berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
SAVE 3.0 menawarkan lebih banyak pilihan peralatan elektrik iaitu:
- Kategori 1:
– Penghawa dingin
– Peti sejuk - Kategori 2:
– Televisyen
– Mesin Basuh
– Ketuhar gelombang mikro
– Periuk nasi
Untuk makluman anda, penerima e-rebat SAVE 2.0 adalah TIDAK LAYAK untuk memohon kategori 1 SAVE 3.0. Program SAVE 3.0 dibiayai Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) yang merupakan kesinambungan daripada SAVE 1.0 dan SAVE 2.0.
Program SAVE 2.0 telah mencatat penebusan 134,000 e-rebat dan penjimatan tenaga bernilai RM26.8 juta.
Baca juga: [SAVE BANJIR] Cara Tebus Rebat RM500 Untuk Mangsa Banjir
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi:
- Meningkatkan kesedaran orang ramai agar membeli kelengkapan cekap tenaga yang akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik; dan
- Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran
SYARAT KELAYAKAN
Untuk makluman anda, permohonan SAVE 3.0 adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia
- Satu akaun bil elektrik bagi pembelian dalam tahun ini yang berdasarkan kepada konsep “first come first serve”
- Pembelian melalui 2 kaedah yang dinyatakan sahaja
- Penerima rebat SAVE 2.0 hanya layak untuk pembelian barangan kategori 2 sahaja
NILAI PENEBUSAN SETIAP KATEGORI
Pembelian dengan rebat RM400 mestilah mengikut nilai penebusan yang dibenarkan iaitu:
- RM200 untuk pembelian barangan kategori 1
– Penghawa dingin
– Peti sejuk - RM200 untuk pembelian barangan kategori 2
– Televisyen
– Mesin Basuh
– Ketuhar gelombang mikro
– Periuk nasi
2 KAEDAH PEMBELIAN DENGAN SAVE 3.0
Pembelian alatan elektrik dengan rebat SAVE 3.0 boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:
Secara Fizikal
- Bawa bil elektrik ke kedai atau pasar raya berdaftar
Secara Atas Talian
- Menerusi platform e-dagang yang diiktiraf iaitu Shopee, Lazada & PG Mall
Berikut adalah panduan buat penebusan SAVE 3.0 secara online melalui aplikasi Shopee:
BARANGAN YANG BOLEH DITEBUS DENGAN REBAT SAVE 3.0
Untuk menebus rebat SAVE 3.0 pastikan anda pilih barangan yang ada tanda SAVE 3.0 sepert yang dinyatakan di atas ya! Berikut adalah senarai contoh barangan elektrik yang ada tanda SAVE 3.0 dan anda boleh tebus rebat RM400 anda:
- Peti Sejuk
https://shp.ee/bnz75em - Penghawa Dingin (Serendah RM700++)
https://shp.ee/izkneym - Televisyen (Serendah RM900++)
https://shp.ee/rwkgdxm - Mesin Basuh Automatik (Serendah RM1,000++)
https://shp.ee/ys6m93m - Ketuhar (Srendah RM200++)
https://shp.ee/dx9ntzm - Periuk Nasi (Serendah RM80++)
https://shp.ee/km843bm
Untuk lebih banyak barangan yang ditawarkan dan boleh tebus rebat SAVE 3.0, anda boleh rujuk di pautan https://shp.ee/ar7guzm. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program SAVE 3.0, anda boleh hubungi Pasukan Khas Program SAVE 3.0 di talian berikut:
- Tel: +603 8870 5800
- Laman web: https://www.seda.gov.my/saveprogram/