Alasan Popular Yang Digunakan Rakyat Malaysia Untuk Berada Di Luar Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Menjelang tengah malam Rabu, 17 Mac 2020 di mana saat bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, ramai rakyat Malaysia mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Ini telah menyebabkan beberapa lokasi iaitu stesen pengangkutan awam dan balai-balai polis menjadi tumpuan orang ramai.

Namun, kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.

Lain pula bila di jalan raya, ramai juga rakyat Malaysia yang ambil inisiatif untuk pulang ke kampung halaman dengan kereta masing-masing sehingga jalan menjadi sesak. Sehinggakan pihak polis terpaksa buat sekatan di lebuhraya untuk membuat pemeriksaan.

Berikut adalah alasan-alasan popular yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia jika ditanya sebab ingin merentasi Negeri apabila tiba tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

ALASAN POPULAR RAKYAT MALAYSIA MERENTASI NEGERI

” Saya terpaksa pulang ke kampung halaman kerana kolej ditutup dan saya tiada kemudahan tempat tinggal dan bekalan makanan di sini”

Rata-rata rakyat yang berada di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menyatakan bahawa mereka adalah pelajar Institut Pengajian Tinggi yang menyatakan bahawa mereka terpaksa pulang kerana diarahkan oleh pihak universiti.

Pelajar tersebut yang mencuba nasib untuk membeli tiket pulang ke Pulau Pinang berkata terpaksa menghadapi risiko kerana tiada keluarga di Kuala Lumpur untuk tinggal sementara waktu.

Alasan-alasan Popular Yang Digunakan Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Seorang pembantu hospital pula menyatakan bahawa beliau sekerluarga terpaksa pulang ke kampung kerana ibunya sakit dan mematuhi arahan untuk mengisi borang rentas negeri di balai polis.

“Kami memang kena balik malam ini, sebab itu kami datang ke balai polis untuk mendapatkan kebenaran,” katanya yang mahu pulang ke kampung di Perak.

Bagi seorang lelaki berumur 40 tahun berkata beliau sekeluarga terpaksa mencuba nasib untuk pulang ke Sabah menaiki kapal terbang bagi penerbangan yang dijadualkan awal pagi ini berikutan tiket telah dibeli dua bulan lepas.

“Jika ditahan di lapangan terbang, kami tidak boleh buat apa-apa, terpaksa balik ke rumah di sini sahajalah. Kalau dapat balik lebih bagus,” katanya yang tinggal di Sungai Besi.

Alasan-alasan Popular Yang Digunakan Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Lain pula alasan yang digunakan oleh pengguna lebuhraya yang cuba pulang ke kampung apabila ditahan pihak polis untuk membuat pemeriksaan alasan rentas negeri.

Ada yang menyatakan bahawa mereka sekeluarga harus pulang ke kampung halaman atas arahan ibunya di kampung berikutan dengan kebimbangannya berada di bandar Kuala Lumpur. Menurutnya,

”Saya terima panggilan dari ibu di kampung yang bimbang dengan Perintah Kawalan Pergerakan”

”Dia bimbang kerana restoran semua tutup dan bekalan makanan juga tidak cukup untuk tempoh yang panjang”

Namun, ada juga rakyat yang menggunakan alasan untuk menziarahi keluarga di kampung kerana peluang cuti yang diberikan ini. Sebernarnya perkara ini tidak patut berlaku kerana Perintah Kawalan Pergerakan bukanlah cuti seperti yang dianggap oleh ramai orang

“Selain hantar makanan, setakat ini, ada yang kata tadi baru lepas diceraikan suami (jadi)  terpaksa balik kampung, kami tak dapat elakkan terpaksa menerimanya.”

Itu cerita Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika ditanya apa alasan yang diberikan oleh orang ramai kepada polis ketika ditahan dan ditanya kenapa mereka perlu keluar dari rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.

Begitulah sikap rakyat negara ini yang katanya prihatin apabila pulang ke kampung tetapi mereka tidak sedar sebenarnya mereka akan memburukkan lagi keadaan. Memang tidak dapat dinafikan ramai yang tidak mempunyai kehidupan sebenar di Lembah Klang, tetapi lebih gemar pulang ke kampung masing-masing jika ada peluang.

Bagaimanapun dalam situasi darurat sebegini, kita sepatutnya menahan diri daripada bergerak pulang ke kampung dan tinggal di dalam rumah beberapa hari untuk memastikan kita sekeluarga tidak berhubung dengan orang lain.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma