Doktor Adakah Saya Dah Dijangkiti COVID-19?, Ini 3 Soalan Yang Doktor Akan Tanya Anda

Ramai faham yang simptom-simptom awal bagi penyakit yang berbahaya yang menular sekarang iaitu Covid-19 adalah demam, batuk dan kesukaran bernafas. Namun, jika anda sekarang mempunyai simptom-simptom ini, tidak semestinya anda dijangkiti Covid-19.

Pasti ramai antara kita kini sering keliru apabila mengalami demam atau batuk. Persoalan yang sering bermain di minda adalah ”adakah itu sekadar demam biasa ataupun gejala awal jangkitan Covid-19?”.

Persoalan ini semestinya akan menimbulkan rasa panik dalam diri kita semua kerana risau dijangkiti.

Doktor Tak Boleh Kenal Pasti COVID-19 Dengan Segera, Tapi Akan Tanya 3 Soalan Ini Kepada Anda

Namun apabila kita berjumpa doktor untuk sahkan keadaan kita, doktor tidak akan dapat mengesan sama ada kita dijangkiti dengan segera.

Seorang doktor perubatan, Nur Izyan Hanisah telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana cara untuk kita mengenalpasti samada kita dijangkiti atau tidak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui beberapa soalan yang akan ditanya oleh doktor jika anda ke klinik atau hospital untuk buat pemeriksaan.

LANGKAH-LANGKAH DOKTOR KENALPASTI COVID-19

Berikutan dengan kerisauan masyarakat sekarang, pasti ramai yang berhasrat untuk berjumpa dengan doktor apabila mengalami gejala awal seperti demam dan batuk.

Doktor pula tidak boleh pastikan anda positif Covid-19 hanya dalam 5 – 10 minit. Namun doktor akan mengambil beberapa langkah untuk pastikan anda betul-betul dijangkiti.

1. Doktor Akan Tanya 3 Soalan Ini

A – Ada simptom atau tidak? (demam/batuk/sakit tekak/susah nafas)
B – Ada baru balik dari luar negara atau tidak?
C – Ada jumpa/ tinggal dengan sesiapa yang sakit atau disyaki Covid-19?

Jika anda ada A dengan kombinasi (B atau C), baru doktor akan masukkan ke dalam wad dan ambil sampel anda.

Jika anda ada B atau C sahaja, doktor akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

Tetapi jika anda tiada A, B ataupun C, anda tidak perlu risau kerana rendah potensi untuk anda dijangkiti.

2. Sampel Diambil Keatas Anda Kali Pertama

Sampel yang diambil ke atas anda pula akan mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk tahu keputusan. Selagi keputusan sampel tidak keluar, yang ada simptom  kena tinggal wad manakala yang tiada simptom kena kuarantin diri di rumah sendiri.

3. Sampel Kali Kedua Diambil

Sampel pula akan diambil sebanyak 2 kali. Sekiranya kedua-dua keputusan adalah negatif, barulah anda disahkan negatif iaitu bebas daripada Covid-19. Jika anda negatif, tidak perlu lagi kuarantin dan yang di wad juga boleh balik apabila stabil.

INFO PENTING

Jika anda berhubung dengan doktor untuk buat pemeriksaan, pastikan anda tidak cakap sembarangan atau info yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya. Contohnya ” tadi saya jumpa kawan saya yang baru pulang dari Korea dan saya rasa dia positif Covid-19 sebab sana kan ramai positif’‘.

Jangan sesekali cakap perkara yang tidak pasti kerana sebenarnya keadaan itu akan menyusahkan pihak doktor. Jika anda memberi info yang tidak pasti kepada doktor, anda juga boleh dikenakan kuarantin di wad dan klinik juga boleh ditutup sementara untuk pembersihan.

Kalau betul tak apa, kalau tidak betul? Jadi jangan cakap sembarangan dan susahkan orang lain.

Semua orang dinasihatkan supaya tidak panik jika mengalami gejala-gejala awal kerana anda tidak semestinya dijangkiti. Tambahan pula jika anda tidak berhubung dengan ramai orang. Namun, jika anda ada rasa anda berhubung dengan orang yang berkemungkinan dijangkiti dan anda sering berada di tempat awam yang ramai orang pastikan anda buat pemeriksaan doktor jika ada gejala awal.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma