Agrobank Umum Bantuan Banjir 2021 Buat Mangsa Banjir. Ini Senarai Bantuan & Cara Mohon
Agrobank mengambil maklum akan situasi bencana banjir yang sedang melanda negara kita pada ketika ini. Dengan meletakkan kebajikan para pelanggan sebagai keutamaan kami, Agrobank telah mengumumkan Bantuan Banjir Agrobank 2021.
Pelan bantuan ini ditawarkan kepada semua pelanggan individu dan syarikat di seluruh negara terutamanya mereka yang sedang berhadapan dengan situasi pasca bencana banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Pelanggan yang terkesan boleh dapatkan kemudahan bantuan yang ditawarkan dalam pelbagai bentuk ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan banjir ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SENARAI BANTUAN BANJIR AGROBANK
Agrobank menawarkan bantuan banjir dalam pelbagai bentuk meliputi:
- Bantuan moratorium merangkumi penangguhan bayaran ansuran bulanan pembiayaan
- Penstrukturan semula bayaran pembiayaan
- Pengecualian caj ke atas penukaran kad debit ATM dan buku akaun simpanan Agrobank (sama ada hilang, rosak atau musnah)
CARA DAPATKAN BANTUAN BANJIR AGROBANK
Semua pelanggan dan syarikat yang terkesan akibat banjir dan ingin mendapatkan kemudahan bantuan banjir yang ditawarkan oleh Agrobank boleh buat permohonan dengan:
- Menghubungi Pusat perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476; atau
- berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat
Hubungi dengan pegawai Agrobank melalui kaedah berikut bagi memohon atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelan Bantuan Banjir Agrobank 2021. Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang www.agrobank.com.my.