Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Honda Malaysia Tawar Diskaun Alat Ganti, Khidmat Tunda & Elaun Banjir RM1,500 Buat Mangsa Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2021 • 2 min baca

Honda Malaysia Tawar Diskaun Alat Ganti, Khidmat Tunda & Elaun Banjir RM1,500 Buat Mangsa Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berikutan dengan bencana banjir yang agak teruk berlaku di beberapa negeri di negara kita baru-baru ini, Honda Malaysia telah mengumumkan Program Bantuan Banjir buat pemilik kenderaan Honda yang terkesan dengan banjir yang berlaku.

Pihak Honda turut bersedih dengan situasi bencana banjir yang berlaku mengakibatkan ramai terpaksa meninggalkan kediaman mereka selain berdepan kerugian kerana kerosakan harta benda dan kenderaan. Bantuan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban pelanggan  yang terbabit dengan bencana itu dan terus kekal selamat dalam tempoh mencabar ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Bantuan Banjir yang ditawarkan oleh Honda Malaysia.

TEMPOH TAWARAN PROGRAM BANTUAN BANJIR HONDA

Untuk maklumat anda, Program Bantuan Banjir Honda ini telah bermula beberapa hari lepas dan ditawarkan sehingga:

  • 31 Januari 2022

PROGRAM BANTUAN BANJIR HONDA

Seperti yang dinyatakan, Program Bantuan Banjir Honda ini menawarkan manfaat seperti berikut:

  • Diskaun sebanyak 25% untuk alat ganti tulen

Manakala pelanggan yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) akan menikmati:

  • Pemeriksaan percuma untuk memastikan kereta dalam keadaan baik terutama sekali selepas banjir.
  • Khidmat trak tunda untuk dibawa ke pusat servis Honda sah berhampiran
  • Elaun banjir sehingga RM1,500

Honda Malaysia juga bekerja rapat dengan pihak insurans untuk menilai kerosakan bagi urusan tuntutan kepada pelanggan mereka.

HiP dengan tiga teras utama iaitu Rescue, Protection dan Savings seiring dengan komitmen Honda Malaysia dalam menawarkan kelegaan kepada pemilik menerusi perlindungan yang menyeluruh untuk kenderaan mereka selain bantuan jalanan sepanjang masa dan di mana juga lokasi.

Untuk maklumat lanjut Program Bantuan Banjir Honda dan HiP boleh layari www.honda.com.my atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia 1-800-88-2020.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.