[Kini Dibuka] Ini Kaedah Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021
Perhatian buat calon UPKK Tahun 2021! Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021 boleh disemak mulai 28 Disember 2021! Semakan keputusan dibuka sepanjang tempoh yang ditetapkan sahaja, pastikan ibu bapa dan calon buat semakan dalam tempoh tersebut.
Semakan boleh dibuat secara online melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh semakan UPKK dan cara buat semakan keputusan UPKK.
Isi Kandungan
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK
Semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021 boleh dibuat pada tarikh berikut:
- Tarikh semakan UPKK: Bermula jam 11 pagi, 28 Disember 2021 sehingga 11 malam, 11 Januari 2022
CARA BUAT SEMAKAN UPKK
Semakan keputusan UPKK yang menggunakan MPKAFA Tahun 2021 boleh dibuat mulai 11 pagi 28 Disember 2021 melalui salah satu kaedah berikut:
- Melalui Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian
– https://simpeni.islam.gov.my/ - Melalui SMS
– UPKK <jarak> [ No MYKID] & SMS ke 15888
Contoh: UPKK 0701212020105
ATAU
– UPKK <jarak> [ No Pengenalan Khas ] & SMS ke 15888
Contoh: UPKK 18A060606A01
Caj penghantaran SMS untuk semakan adalah RM0.15 dan caj penerimaan adalah RM0.20.
Pastikan Nombor Kad Pengenalan yang digunakan adalah seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah mengenai mySMS, anda boleh email pertanyaan anda kepada careline@15888.my.