Senarai Bantuan Bencana Banjir Yang Diumumkan, Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Akan Diberi

Berikutan dengan bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia, kerajaan telah mengambil tindakan segera demi menyelamatkan nyawa dan membantu rakyat ketika dalam kesusahan. Ramai penduduk yang terjejas dari pelbagai aspek berikutan bencana yang berlaku di luar jangka tersebut.

Perdana Menteri pada 19 Disember 2021 telah membuat sidang media bagi mengumumkan bantuan-bantuan atau kemudahan yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Bantuan Bencana Banjir.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan-bantuan yang telah diumumkan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

SENARAI BANTUAN BENCANA BANJIR

Berikut adalah senarai Bantuan Bencana Banjir yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media pada 19 Disember 2021:

Cuti Kecemasan

  • Semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir
  • Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau ‘paid leave’ dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka

Peruntukan Awal RM100 juta

  • Bagi membaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat banjir

Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000

  • Bayaran bantuan ini akan disegerakan bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana ini

RM50 Juta Kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)

  • Penyaluran bantuan akan disegerakan bagi memastikan kelangsungan bantuan kepada isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir

Penyediaan Keperluan Asas

  • Setiap PPS mempunyai kelengkapan dan keperluan asas yang mencukupi seperti tandas, pelitup muda dan makanan buat mangsa-mangsa banjir

Pencegahan Covid-19

  • Sekurang-kurangnya seorang doktor dan seorang jururawat akan ditempatkan di setiap PPS bagi memastikan kesihatan mangsa-mangsa banjir sentiasa diberi perhatian
  • Mangsa-mangsa juga akan melalui saringan RTK Covid-19 bagi mengelakkan penularan berlaku di PPS.

Semoga bantuan-bantuan atau kemudahan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat. Sebarang maklumat lanjut atau tambahan bantuan oleh kerajaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma