Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih • Pekerja Tidak Hadir Kerja Tanpa Notis (AWOL)? Ini Prosedur Betul Majikan Wajib Ikut Mengikut Akta Kerja 1955 •Cara Kiraan OT Malaysia 2026: Formula 1.5x, 2.0x & 3.0x (Panduan Lengkap Hari Pekerja) •Hari Guru Malaysia 2026: Sejarah 16 Mei, Tema “Guru Bitara Nadi Negara” & Kepentingannya •HR Bagi Resume Kosong Untuk Diisi? Ini Sebab Anda Masih Perlu Ada Resume Sendiri •Panel Tanya Dalam English Masa Temuduga? Ini Ayat Penyelamat Untuk Calon Yang Kurang Fasih •

Pekerja Di Semua Sektor Dijangka Terima Kenaikan Gaji Pada Tahun 2022

Oleh Cikgu Shaari • December 7, 2021 • 2 min baca

Pekerja Di Semua Sektor Dijangka Terima Kenaikan Gaji Pada Tahun 2022
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Hampir 2 tahun negara di seluruh dunia menghadapi saat gentir pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan orang ramai termasuk negara kita. Setelah pelbagai perancangan negara dilakukan untuk mengurangkan penularan wabak dalam negara, pembukaan semula ekonomi telah memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini.

Menurut dapatan keseluruhan daripada Tinjauan Gaji Robert Walters 2022 di Malaysia, pekerja di semua sektor di Malaysia boleh menjangkakan kenaikan gaji sehingga 5% daripada syarikat pada tahun hadapan.

Pengarah Robert Walters Malaysia dan Filipina, Kimberlyn Lu, berkata semua organisasi akan melaksanakan semakan gaji tahunan am pada tahun 2022.

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUN 2022 YANG DIJANGKAKAN

Pekerja di SEMUA SEKTOR boleh menjangkakan kenaikan gaji daripada syarikat pada tahun 2022 sebanyak:

  • Kadar kenaikan gaji 2022: Antara 3% hingga 5%

Pekerja yang MENUKAR KERJA dan mempunyai set kemahiran yang betul boleh menjangkakan kenaikan gaji sebanyak:

  • Kadar kenaikan gaji pekerja menukar kerja: Bermula 15% dan mungkin boleh memperoleh sehingga 30%

PENGAMBILAN PEKERJA SEMUA SEKTOR MENINGKAT

Pembukaan semula ekonomi memangkin pemulihan kukuh dalam aktiviti pengambilan pekerja di negara ini merentas semua sektor, daripada:

  • perkhidmatan kewangan
  • segmen pengguna
  • penjagaan kesihatan
  • pembuatan

PASARAN KERJA INDUSTRI PEMBUATAN MENINGKAT

Di wilayah utara, pasaran kerja akan menjadi lebih agresif pada tahun 2022, ditunjangi kehadiran pelaburan. Industri pembuatan dijangka berkembang berikutan infrastruktur yang baik dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelabur asing mengembangkan perniagaan.

Dengan kehadiran pemain baharu di wilayah itu pekerjaan dalam semikonduktor merentas semua bidang akan mendapat permintaan tinggi seperti:

  • semua bidang daripada ujian pembangunan, ujian fungsi kepada operasi dan kejuruteraan proses

Peningkatan Gaji Pekerja Sektor Pembuatan

Berikutan kehadiran pemain baharu yang bersaing untuk bakat yang sama, pekerja yang MENUKAR KERJA dalam sektor ini boleh menjangkakan peningkatan gaji sebanyak:

  • Peningkatan gaji: 15% hingga 20%

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjadikan Malaysia antara negara dengan kadar vaksinasi tertinggi di dunia.Tinjauan mendapati orang ramai sanggup mendedahkan status vaksinasi untuk mendapatkan pekerjaan baharu, membuktikan kejayaan program vaksinasi.

TINJAUAN GAJI GLOBAL ROBERT WALTERS

Tinjauan gaji global oleh Robert Walters, perunding pengambilan profesional terkemuka dunia itu meliputi 31 negara termasuk Malaysia.

Tinjauan Gaji Robert Walters adalah panduan komprehensif kepada majikan dan pekerja untuk mengakses trend dan analisis terkini dalam industri tertentu, alat dan sumber yang berguna, serta kemas kini video mengenai keadaan pasaran daripada panel pakar industri.

Ia juga mengkaji sikap dan pandangan terhadap amalan kerja sedia ada, memberikan gambaran keseluruhan pasaran pekerjaan semasa, set kemahiran dalam permintaan dan jangkaan gaji untuk lapan industri utama di Malaysia.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.