Syarat Peratusan Cermin Gelap Kereta Yang Dibenarkan & Cara Mohon Guna Cermin Gelap

Pasti ramai pengguna jalan raya yang gemar untuk menggelapkan cermin kenderaan dengan pelbagai tujuan. Antara sebab orang ramai menggunakan cermin yang gelap adalah untuk menghalang daripada kemasukan cahaya matahari yang boleh menyebabkan silau. Namun, tahu tak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada menetapkan peratusan ketelusan cahaya yang dibenarkan?

Menurut JPJ, mana-mana pemandu yang memandu kenderaan tanpa mematuhi had cermin gelap ditetapkan boleh dikompaun RM300 atau denda RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya!

Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang mahu menggelapkan kenderaan mereka melebihi peratusan ditetapkan (lebih gelap) boleh membuat permohonan khas kepada JPJ atas tujuan tertentu.

SYARAT PERATUSAN CERMIN GELAP YANG DIBENARKAN

Berikut adalah peraturan cermin gelap atau peratusan ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan:

  • Cermin sisi bahagian pemandu: 50%
  • Cermin depan: 70%
  • Cermin belakang: Dibenarkan gelap sepenuhnya
    *Dengan syarat kenderaan itu dilengkapi dengan cermin pemantul kanan & kiri
  • Cermin sisi penumpang: Dibenarkan gelap sepenuhnya

KELAYAKAN MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

Untuk makluman anda, pemilik kenderaan boleh memohon menggunakan cermin yang lebih gelap untuk bahagian pemandu atas sebab khusus seperti:

  • Keselamatan
  • Kesihatan

Setiap permohonan atas faktor keselamatan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak:

  • Permohonan faktor keselamatan: RM50

Setiap permohonan yang DILULUSKAN akan dikenakan fi sebanyak:

  • Permohonan yang diluluskan: RM5000

Bayaran ini adalah untuk tempoh 2 tahun dan perlu dipohon semula selepas tamat tempoh sah laku.

Baca juga: Cara Dapatkan ‘Cover Insurans’ Jika Cermin Kereta Pecah Akibat Aktiviti Mesin Rumput Tepi Jalan

PANDUAN PERMOHONAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP

Berikut adalah prosedur untuk buat permohonan penggunaan cermin gelap:

  1. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Urusetia Bahagian Penguatkuasa JPJ & Cawangan.
  2. Pemohon menggunakan Borang CG1 yang diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama:
    i) Salinan kad pengenalan
    ii) Salinan kad perakuan pendaftaran kenderaan (geran)
  3. Permohonan bagi setiap kenderaan hendaklah dibuat secara berasingan dan ditandatangani oleh pemohon
  4. Permohonan atas alasan kesihatan dan keselamatan yang disertakan dengan dokumen sokongan sahaja akan dipertimbangkan

Jawatankuasa Khas akan meneliti dan menyemak setiap permohonan yang diterima sebelum diangkat kepada YB Menteri untuk kelulusan. Permohonan yang tidak diluluskan satu Surat Penolakan akan di serah kepada pemohon secara pos berdaftar.

Semak senarai dokumen yang perlu disediakan dan prosedur lengkap untuk buat permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap di bawah:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma