Daftar Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia: Lebih 7235 Jawatan, Terima RM300 Jika Hadir Temuduga
Anda sedang mencari kerja? PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempelawa orang ramai untuk sertai Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia yang akan dilaksanakan secara fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Terdapat lebih 7235 jawatan kosong untuk diisi dengan penglibatan 21 majikan dari pelbagai sektor.
Calon yang berminat untuk sertai karnival dan mengisi peluang kekosongan boleh buat pra-pendaftaran melalui pautan yang disediakan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat dijalankan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut karnival kerjaya dan panduan buat pendaftaran bagi jawatan kosong yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival MyFutureJobs Keluarga Malaysia
- Tarikh: 4 Disember 2021 (Sabtu)
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Jumlah kekosongan: Lebih 7235
- Tempat: Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur
ELAUN SIP PRIHATIN 2.0
Mohon elaun SIP Prihatin 2.0 dan terima RM300 sebulan jika anda menghadiri temuduga!
Elaun Mencari Pekerjaan akan diberikan kepada mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs sebanyak:
- RM300 x 2 bulan
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima:
- RM400 secara one-off
Rujuk: Syarat Kelayakan & Cara Daftar Elaun Mencari Kerja SIP Prihatin 2.0
MAJIKAN TERLIBAT
Tawaran jawatan kosong melalui karnival kerjaya ini adalah dengan penglibatan 21 majikan daripada pelbagai sektor.
CARA DAFTAR KARNIVAL KERJAYA KELUARGA MALAYSIA
Calon yang berminat memohon, disarankan untuk mengimbas kod QR di poster atau mendaftar melalui pautan bagi melancarkan proses pendaftaran temu duga dan langkah-langkah awal SOP dapat di jalankan.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat di pautan berikut:
Hanya calon yang telah lengkap vaksin dibenarkan untuk menyertai sesi temuduga.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Karnival MyFutureJobs Keluarga Malaysia, anda boleh hubungi:
- Dini Arina: 019 297 1613
- Shahrul Nizam: 019 294 7764
- 1 300 88 2000 / 03 8091 5300
SENARAI JAWATAN
Terdapat lebih 7235 jawatan kosong ditawarkan! Semak senarai jawatan kosong di bawah: