Daftar Karnival Kerjaya KPWKM: Lebih 11,000 Kekosongan Jawatan Pelbagai Bidang Untuk Dimohon
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita bagi memberi peluang pekerjaan kepada semua pencari kerja di luar sana sama ada yang baru mencari pekerjaan atau yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan dengan penyertaan majikan dalam pelbagai bidang. Setiap calon boleh membuat Pra-pendaftaran sebelum hadir ke sesi temuduga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program yang dilaksanakan dan panduan buat pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama program: Karnival Kerjaya Dan Usahawan Wanita 2022
- Anjuran: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Jumlah kekosongan: Lebih 11,000 jawatan
- Tarikh: 6-8 Mac 2022
- Masa: 9 pagi hingga 10 malam
- Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
SYARAT PENYERTAAN
Penyertaan program adalah terbuka kepada:
- Pencari kerja berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Berminat untuk mencari pekerjaan/ penjanaan pendapatan
- Terbuka khas untuk wanita Keluarga Malaysia
MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat menawarkan pelbagai jawatan kosong adalah:
MANFAAT DITAWARKAN
Selain daripada temuduga terbuka bersama majikan terpilih, orang ramai yang hadir juga berpeluang untuk ikut:
- Bengkel Kerjaya
- Kaunseling Kerjaya
- Temu Duga bersama majikan
CARA DAFTAR
Sekiranya anda berminat untuk menyertai karnival kerjaya dan usahawan yang dinyatakan, anda boleh buat pendaftaran sekarang. Pendaftaran boleh dibuat secara online sebelum tarikh program dengan mengisi maklumat di pautan berikut:
Jangan lupa bawa RESUME dan berpakaian yang sesuai semasa hadir nanti. Anda boleh semak senarai jawatan kosong yang ditawarkan di bawah perkongsian ini (AKAN DIKEMASKINI).
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau WhatsApp:
- Marwatif: 019 607 7433