Cara Mohon Jawatan Kosong Eksekutif Di PERKESO Dengan Kelayakan Diploma
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1071 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Peraturan-peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2018 (Akta 789) dan sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai PERKESO dengan memohon jawatan yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Majikan: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kumpulan perkhidmatan: Kumpulan Eksekutif
- Lingkungan gaji: Minimum RM2,200 Maksimum RM10,300
- Kekosongan: 28 kekosongan
- Tempat: Menara Perkeso Putrajaya
- Tarikh tutup: 21 November 2021
SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
- Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
- Memiliki kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Keutamaan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan (Customer Service) atau Pusat Khidmat Pelanggan (Call Centre)
- Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik serta keutamaan kepada calon yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya
- Memiliki keterampilan, bermotivasi tinggi bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan prihatin dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan
- Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Menara PERKESO Putrajaya
CARA MOHON
Individu yang berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan selewat-lewatnya 21 November 2021 (Ahad). Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan berikut:
Calon-calon yang disenarai pendek dan layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk urusan temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.