Tawaran Kemasukan Program Diploma/ Sarjana Muda Separuh Masa UiTM Oktober 2022 Dibuka
Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini membuka peluang pengambilan pelajar baharu bagi Program Separuh Masa sesi Oktober 2022. Tawaran adalah dibuka bagi individu yang berminat nak sambung pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara separuh masa.
Permohonan terbuka kepada calon Warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera. Pelbagai program pengajian menarik ditawarkan dan calon boleh mohon ikut kelayakan masing-masing. Jangan lepaskan peluang ini, anda boleh buat permohonan secara atas talian sehingga Ogos 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan online.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Institusi: Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Program pengajian: Program Separuh Masa Diploma & Sarjana Muda
- Pengambilan: Sesi Oktober 2022
- Tarikh tutup permohonan: 7 Oktober 2022
PROGRAM DITAWARKAN
Berikut adalah senarai program separuh masa di UiTM yang ditawarkan:
Program Separuh Masa Diploma
Program Separuh Masa Ijazah Sarjana Muda
*Tiada pengambilan untuk semester semasa
**Pengambilan September sahaja
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada semua calon yang merupakan:
- Warganegara Malaysia
- Berstatus Bumiputera
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Melayu Kertas Julai
- Lulus dalam mata pelajaran Sejarah
- Lulus Diploma / Matrikulasi KPM / Asasi UM / Asasi UiTM / STPM/ STAM/ Ijazah/ setaraf daripada IPT yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut SYARAT KHAS program pengajian
Semak syarat kelayakan bagi setiap program pengajian DI SINI
PANDUAN PERMOHONAN ONLINE
Berikut adalah panduan permohonan yang anda perlu ikut:
- Setiap permohonan akan dikenakan bayaran WANG PROSES sebanyak RM15 (tidak akan dikembalikan). Bayaran perlu dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengambilan Pelajar iCEPS.
- Sila baca SYARAT KEMASUKAN terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan (untuk mengenalpasti program yang akan dipohon).
- Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang BETUL dan TEPAT di dalam borang permohonan. Ruang bertanda (*) Wajib diisi. Pihak UiTM berhak menolak permohonan sekiranya maklumat yang diisi didapati tidak benar.
- Sila pastikan anda membuat semakan keatas maklumat yang telah diisi dalam borang permohonan. Pastikan anda menekan butang SETERUSNYA bagi menghantar borang permohonan.
- Permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup akan diproses untuk sesi kemasukan yang akan datang.
- Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 orang bilangan pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus. Calon yang layak tetapi tidak ditawarkan kerana tidak memenuhi kriteria jumlah minimum bagi setiap kelas akan ditawarkan program/kampus yang lain atau ditangguhkan ke sesi kemasukan akan datang.
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan program pengajian ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik MOHON/ SEMAKAN. Klik Permohonan Baru
Klik MULA ISI/ KEMASKINI BORANG untuk mula isi borang permohonan. Setelah selesai, pastikan anda hantar permohonan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman https://apply-iceps.uitm.edu.my atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi WhatsApp talian berikut:
- 011 5678 8534
- 03 5533 8353
- 03 5544 8294