Cara Mohon Jawatan Penolong & Guru Tabika Perpaduan JPNIN Guna Sijil PMR/ PT3 & Diploma

Berminat nak jadi Guru atau Penolong Guru Tabika? Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini mempelawa Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon jawatan sebagai Penolong Guru Tabika Perpaduan dan Guru Tabika Perpaduan seperti yang diiklankan.

Individu dengan kelayakan minima PMR/PT3 dan Diploma dan cukup syarat boleh mohon jawatan sebagai Guru Tabika Perpaduan dan Penolong Guru Tabika Perpaduan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan jawatan di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GURU TABIKA PERPADUAN
Nama Majikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Lokasi Kekosongan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang
Tarikh Tutup Permohonan 21 Jun 2024
Syarat Lantikan
  • Warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • memiliki PMR atau PT3
  • keutamaan bagi pemohon yang tinggal bermastautin di Pulau Pinang
  • Warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • memiliki Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • kepujian sekurang kurangnya C dalam sbjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM
  • keutamaan permohonan adalah bagi yang menetap di Pulau Pinang
Senarai Tugas
  • Bertanggungjawab membantu tugas guru dalam sesi PdP atau PdPR,
  • menguruskan kewangan dan akaun kelas,
  • membantu menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas,
  • memasak/ menyediakan makanan kanak-kanak mengikut menu yang telah ditetapkan,
  • melaksanakan tugas yang diarahkan daripada masa ke semasa
  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kanak-kanak ke tabika,
  • melaksanakan tugasan mengajar,
  • mengurus rekod dan dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak,
  • merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas,
  • mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di tabika,
  • membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa
Cara Mohon
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri/Daerah. atau layari laman web https://www.jpnin.gov.my/web/home
  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan atau yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  • Borang permohonan yang lengkap beserta gambar berukuran passport hendaklah dikepilkan bersama-sama salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil kelulusan akademik dan salinan sijil berhenti sekolah yang diperakui sah oleh Pegawai kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas sebanyak 2 salinan dan hendaklah dihantar kepada:
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
Negeri Pahang Darul Makmur
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 2, Blok A-B, No. 211,213,215, 217 dan 218
Bangunan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman
25000 KUANTAN PAHANG

Untuk maklumat lanjut permohonan anda boleh rujuk iklan kekosongan jawatan yang diiklankan di sini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma