600,000 Peluang Kerja & 80,000 Penempatan MySTEP Di Bawah Inisiatif JaminKerja
Seperti yang dijadualkan, Bajet 2022 akan diumumkan pada 29 Oktober 2022 jam 4 petang. Menurut Perdana Menteri, Bajet 2022 mempunyai faktor ‘Wow’ kerana ia dirangka untuk memberi manfaat semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bajet 2022 adalah ‘dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ dan berimpak tinggi merangkumi bantuan kepada golongan B40 dan M40 serta sokongan perniagaan bagi memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mendapat akses kepada pembiayaan bagi menggerakkan semua perniagaan.
Antara insiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2022 adalah JaminKerja yang akan membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai.
INISIATIF JAMINKERJA
Antara inisiatif yang diumumkan di bawah JaminKerja adalah:
- 600,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan
- Inisiatif MySTEP diteruskan dengan tawaran 80,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan GLC
Ikuti perkembangan live pembentangan Bajet 2022 di bawah: