Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

SPA Membatalkan Keputusan PSEE & Senarai Hitam Calon Yang Terlibat Salah Laku Integriti

Oleh Cikgu Shaari • October 29, 2021 • 2 min baca

SPA Membatalkan Keputusan PSEE & Senarai Hitam Calon Yang Terlibat Salah Laku Integriti
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian buat calon yang memohon jawatan kerja dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui SPA9! Calon yang melepasi tapisan dan layak akan mendapat panggilan untuk menduduki Peperiksaan memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Namun kini pihak SPA telah mengesan ada calon yang melalui salah laku integriti dalam menjawab ujian.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membatalkan keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) serta menyenarai hitam calon yang didapati terlibat dalam salah laku integriti semasa menduduki peperiksaan itu.

SPA dalam kenyataannya memaklumkan hasil pemantauan dan siasatan pihaknya mendapati ada calon yang tidak bertanggungjawab semasa menduduki PSEE.

CALON YANG MELAKUKAN SALAH LAKU INTEGRITI TELAH DIKENALPASTI

Untuk maklumat anda, SPA telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti iaitu:

  • Calon yang terlibat dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam WhatsApp dan telegram bertujuan menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan atau bersubahatan melalukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan bagi tujuan lulus PSEE

CALON YANG KENA BLACKLIST TIDAK AKAN DIPERTIMBANG

Apa akan terjadi kepada calon yang terlibat melakukan salah laku integriti ini?

SPA memandang serius perkara tersebut dan menegaskan bahawa:

  • Permohonan calon yang terlibat bagi sebarang jawatan lain TIDAK AKAN DIPERTIMBANG.

CHANEL TELEGRAM

Pencarian di ruang Telegram mendapati wujud beberapa kumpulan yang memuat naik set soalan, jawapan beserta cara kerja bagi soalan penyelesaian masalah antaranya:

  • Bank Soalan PSEE
  • PSEE Daya Menyelesaikan Masalah

Turut dimuatkan peringatan kepada anggota kumpulan bahawa mereka dilarang menghantar sebarang soalan dalam kumpulan terbabit ketika peperiksaan berlangsung.

PSEE merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman Bahasa Inggeris.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.