Lulus Temuduga SPA? Ini Tindakan Selanjutnya Untuk Terima Tawaran Pelantikan Yang Anda Perlu Buat
Tahniah bagi calon yang telah selesai temuduga dan lulus temuduga bagi jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)! Apa langkah seterusnya yang anda perlu buat untuk terima tawaran pelantikan jawatan?
Untuk makluman anda, ada beberapa step yang anda perlu buat setelah mendapat emel hebahan pelantikan atau emel lulus temuduga. Calon yang berjaya mestilah buat pengesahan penerimaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh hebahan. Calon yang tidak buat sebarang maklum balas akan dianggap TERBATAL.
Bagi memastikan urusan anda tidak terbatal atau berjalan dengan lancar, pastikan anda ambil tahu bagaimana proses penerimaan pelantikan jawatan SPA.
Isi Kandungan
CONTOH EMEL HEBAHAN TAWARAN PELANTIKAN SPA
Jika anda ditawarkan pelantikan bagi jawatan yang dimohon, anda akan menerima email seperti berikut:
LANGKAH SETELAH LULUS TEMUDUGA SPA
Berikut adalah langkah yang perlu anda ambil setelah mendapat keputusan lulus temuduga SPA:
- Terima tawaran pelantikan secara tetap daripada SPA
– Calon perlu SETUJU dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran
– Calon tolak/ tidak beri maklum balas dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran akan TERBATAL. - Setelah calon SETUJU terima tawaran pelantikan, calon perlu buat Pemeriksaan Kesihatan sebaik sahaja calon setuju
- Calon juga diminta untuk membuat Akuan Berkanun
Pemeriksaan Kesihatan
- Sihat
Jika sihat, Kemaskini status di MySTP - Tidak Sihat
Jika didapati tidak sihat, calon diminta Muat naik Borang Pin. 1/2013 di MySTP
Calon yang TIDAK KEMASKINI/ TIDAK MUAT NAIK Borang Pin.1/ 2013 di MySTP akan TERBATAL.
Membuat Akuan Berkanun
- Tidak memotong perkataan
- Memotong perkataan
– Jika memotong perkataan, calon perlu kemukakan Akuan berkanun melalui emel akuanberkanun@spa.gov.my
Login MySTP
Untuk urusan penerimaan pelantikan, calon diminta untuk login ke laman MySTP di pautan berikut:
Dengan adanya sistem MySTP, Calon tidak perlu lagi menghantar borang jawapan pelantikan kepada SPA sekiranya menerima tawaran pelantikan yang ditawarkan dan Calon boleh memasuki sistem dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dipaparkan serta mencetak surat tawaran sekiranya menerima tawaran lantikan.
BORANG BAGI TUJUAN PELANTIKAN
Calon boleh muat turun borang berkaitan bagi tujuan pelantikan di bawah:
Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
Akuan Berkanun
Tawaran pelantikan hanya boleh dihantar sekali sahaja. Jika calon ingin menukar Status Tawaran, Calon perlu menghubungi Urus Setia SPA dan Urus Setia SPA akan menukar status Tawaran di MySTP Urus Setia SPA.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saluran berikut:
- Tel: 03 8091 9000
- Laman web: https://stp.spa.gov.my/tawaranv2.0/