Contoh Jawapan Terbaik Sekiranya Ditanya “Apa Kekurangan Tempat Kerja Sekarang?”
“Apa kekurangan dan kenapa anda ingin tinggalkan tempat kerja sekarang?”. Biasanya bukan sahaja temuduga sektor swasta yang akan tanya soalan ini, sektor kerajaan juga kerap tanyakan soalan ini kepada calon. Jadi, calon mestilah ambil tahu macam mana nak “tackle” soalan ini dengan bijak!
Walaupun tempat kerja anda ada banyak kekurangan, tetapi jangan sesekali dedahkan sebarang unsur negatif tempat kerja lama! Tetapi jangan lupa cakap tiada sebarang kekurangan. Jadi macam mana nak jawab?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui jawapan yang terbaik jika ditanya apa kekurangan tempat kerja sekarang.
Isi Kandungan
TIPS JAWAB SOALAN KEKURANGAN TEMPAT KERJA SEKARANG
Berikut adalah beberapa tips menjawab soalan sekiranya ditanya kekurangan tempat kerja sekarang:
- Sentiasa bersikap jujur ketika memberikan jawapan berkaita soalan ini.
- Elakkan daripada memberi alasan negatif yang melibatkan indivdu lain untuk nampak lebih profesional.
- Hindarkan daripada memberi jawapan yang menyalahkan orang lain kerana ia menunjukkan anda yang mempunyai masalah dan bukan orang lain.
- Jawab dengan ringkas dan elakkan daripada bercerita sebagai mangsa keadaan ketika menjawab soalan ini.
- Sentiasa bercerita dari sudut positif seperti pengalaman-pengalaman baru yang anda perolehi ketika bekerja di tempat lama.
CONTOH JAWAPAN TERBAIK
Jika ditanya “apakah kekurangan tempat kerja sekarang?”, jangan terus direct bagi jawapan kekurangan syarikat! Atasinya dengan bijak, guna jawapan yang dikongsikan di bawah:
Inginkan Perkembangan Kerjaya
” Saya ingin mengembangkan kerjaya saya ke tahap yang lebih baik dan ingin mendapatkan jawatan yang sesuai dengan matlamat kerjaya saya. Jadi, segala kemahiran yang saya ada akan disumbangkan kepada syarikat seterusnya mengembangkan kerjaya saya sekiranya diberi peluang oleh pihak Tuan / Puan.”
Pembangunan Kerjaya Dengan Lebih Profesional
“Saya ingin meneroka cabaran serta ilmu baharu dalam dunia pekerjaan mengikut peredaran zaman dari semasa ke semasa dan peluang yang diberikan ini sangat menepati plan kerjaya saya. Saya juga ingin mengembangkan kerjaya saya ke tahap yang lebih profesional untuk kemajuan pekerjaan saya.”
Inginkan kerja Dan Kemahiran Baharu
“Pekerjaan yang lalu memberikan saya banyak pengalaman tetapi saya ingin tambahkan lagi kemahiran baharu seperti mana kehendak majikan pada masa kini. Saya juga ingin menjadi seorang yang pakar dalam bidang pekerjaan saya dan oleh itu, saya perlu melakukan sesuatu agar matlamat kerjaya saya dapat dicapai seiring dengan perubahan masa.”
Pekerjaan Tidak Sesuai Dengan Kemahiran
“Pekerjaan saya sebelum ini tidak begitu sesuai dengan kemahiran dan kelebihan yang ada pada saya. Namun, pekerjaan yang lalu memberikan saya terlalu banyak pengalaman dan saya sentiasa berusaha memperbaiki diri saya agar mencapai kehendak syarikat. Jika diberi peluang, saya akan menjadi seorang calon yang terbaik buat syarikat dan akan menyumbangkan segala ilmu serta kemahiran yang ada pada saya.”
Inginkan Pendapatan Yang Lebih baik
“Sebagai seorang pekerja, saya sentiasa mengutamakan kehendak majikan dan sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Saya membuat tugasan serta bekerja lebih masa seperti mana yang dikehendaki oleh majikan sebelum ini. Selaras dengan pengalaman saya yang melebihi 3 tahun bekerja, saya juga inginkan perkembangan dari segi pendapatan yang bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada saya.”
Semoga bermanfaat!