Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Kebenaran Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok, Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya

Oleh Cikgu Shaari • October 10, 2021 • 2 min baca

Kebenaran Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok, Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum ini Kerajaan mendengar saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghalang perjalanan rentas negeri bagi menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai. Memandangkan negara kita sudah mencapai tahap imunisasi yang agak tinggi, iaitu telah mencapai 90%, kerajaan memutuskan untuk memberi kebenaran untuk rentas negeri.

Kebenaran rentas negeri ini tidak terhad kepada dalam negeri sahaja, orang ramai juga dah boleh melancong ke luar negara tanpa perlu buat permohonan. Mulai esok, orang ramai dah boleh bebas melancong dalam dan luar negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kebenaran rentas negeri.

TARIKH RENTAS NEGERI DIBENARKAN

Kebenaran rentas negeri oleh kerajaan adalah bermula pada:

  • 11 Oktober 2021 (Isnin)

Pergerakan yang dibenarkan adalah termasuk untuk pulang ke kampung. Kerajaan memahami ramai yang sudah rindukan keluarga di kampung.

Aktiviti pelancongan juga dibenarkan. Semua orang boleh melancong ke mana-mana negeri di dalam negara.

KAWALAN KENDIRI

Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan kawalan kendiri terjaga untuk menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai termasuk keluarga di kampung.

  • Lakukan ujian kendiri Covid-19 (disarankan jika ada simptom
  • Jika mempunyai simptom, lebih baik menangguhkan dulu perjalanan
  • Mereka yang tidak mempunyai vaksin tidak dibenarkan (pemeriksaan secara rawak akan dilakukan di RnR dan sebagainya)
  • Lakukan kuarantin kendiri segera jika didapati positif
  • Sila maklum kepad akontak rapat jika didapati positif

Kawasan PKPD masih tidak diberi kebebasan untuk keluar masuk.

PELANCONGAN KE LUAR NEGARA DIBENARKAN

Orang ramai juga mulai 11 Oktober 2021 bebas untuk melakukan aktiviti pelancongan di luar negara.

  • Aktiviti pelancongan ke luar negara juga dibenarkan
  • Tidak terhad kepada urusan rasmi
  • Tidak perlu mendapat kebenaran melalui MyTravelPass
  • Dengan syarat perlu lengkap 2 dos vaksin

Maklumat lanjut mengenai kebenaran rentas negeri akan dikemaskini sekiranya terdapat makluman baru dari pihak kerajaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.