Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Ada yang berminat nak bekerja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? SSM kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpotensi memohon jawatan kosong yang dibuka bagi jawatan Pembantu Tadbir di Pelbagai Bahagian dan Pejabat Negeri.

Permohonan boleh dibuat secara online dan terbuka kepada individu yang boleh bekerja secepatnya. Graduan dengan kelayakan minima Diploma dalam bidang berkaitan juga boleh mohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jenis jawatan: Pembantu Tadbir Gred 47
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Penempatan: Pelbagai Bahagian dan Pejabat Negeri
  • Jumlah kekosongan: 20
  • Tarikh tutup permohonan: Rujuk iklan

SYARAT KELAYAKAN

Calon lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Korporat / Pentadbiran Pejabat / Undang-undang / Ekonomi / Sumber Manusia / Kewangan / STPM atau kelayakan profesional yang setaraf.
  • Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris.
  • Fresh Graduate dialu-alukan untuk memohon.
  • Lulusan Malaysia dari universiti tempatan / luar negara.
  • Lokasi kerja adalah di Ibu Pejabat, pejabat negeri dan cawangan kami.
  • Sila nyatakan bidang pengajian dan kemahiran teknikal anda di bahagian “WHY HIRE ME”.

DESKRIPSI TUGAS

Tugas sebagai Pembantu Tadbir (Gred 47) SSM adalah seperti berikut:

  • Lakukan rutin harian seperti yang ditetapkan oleh atasan secara objektif dan tepat pada masanya untuk memastikan kelancaran operasi seharian.
  • Jalankan aktiviti penguatkuasaan mengikut undang-undang SSM yang diperintah agar dapat memenuhi standard KPI harian.
  • Membantu atasan untuk menyiapkan dokumen yang relevan tetapi tidak terhad kepada penganggaran, KPI dan laporan lain seperti yang diarahkan untuk menjaga kualiti standard pelaporan .
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan pelanggan kepada orang ramai untuk memudahkan operasi harian SSM.
  • Lakukan tugas kemasukan data secara konsisten untuk memastikan semua data terkini dan tersedia.
  • Simpan dokumentasi yang tepat seperti yang ditetapkan dalam SOP, pekeliling dan panduan terkini.
  • Mematuhi semua dasar dan SOP SSM.

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman JobStreet di pautan berikut:

Pastikan anda berdaftar sebagai pengguna dan log masuk ke laman JobStreet untuk membuat permohonan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma