Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Temuduga Terbuka Pekerja Pengeluaran PROTON Terbuka Buat Lepasan SPM/ SKM/IKM & Setaraf

Oleh Cikgu Shaari • August 11, 2022 • 2 min baca

Temuduga Terbuka Pekerja Pengeluaran PROTON Terbuka Buat Lepasan SPM/ SKM/IKM & Setaraf
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) sedang mencari calon lelaki warganegara Malaysia yang merupakan lepasan sekolah untuk hadir temuduga terbuka bagi memohon jawatan Pekerja Pengeluaran.

Individu yang berminat dan berkelayakan untuk bekerja dengan syarikat PROTON boleh hadir ke lokasi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pelbagai manfaat jadi pekerja pengeluaran PROTON yang ditawarkan, Jangan lepaskan peluang ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga jawatan pekerja pengeluaran PROTON.

MAKLUMAT TEMUDUGA

  • Nama majikan: PROTON
  • Nama jawatan: Pekerja Pengeluaran
  • Tarikh temuduga: 12 & 13 Ogos 2022 (Jumaat dan Sabtu)
  • Masa temuduga: 9 pagi hingga 5 petang
  • Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang ingin hadir ke temuduga terbuka ini mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Lelaki warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 29 tahun
  • Kelulusan PT2/ PMR/ SPM/ SKM/ IKM/ Giat MARA atau sijil kemahiran yang setaraf dengannya
  • Sihat tubuh badan (tiada sebarang patah anggota badan)
  • Tidak Rabun Warna
  • Boleh bekerja syif

FAEDAH DISEDIAKAN

Antara faedah yang akan diterima oleh pekerja pengeluaran PROTON adalah:

  • Gaji pokok dibayar dua kali sebulan
  • Elaun Syif Malam
  • Bayaran Kerja Lebih Masa (OT)
  • Subsidi Kupon Makan
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Dobi
  • Caruman KWSP + Caruman tambahan Syarikat
  • Caruma PERKESO
  • Insuran Berkelompok (Perlindungan 24 jam)
  • Kemudahan Rawatan Perubatan
  • Asrama & Bas disediakan

PANDUAN HADIR TEMUDUGA

Calon-calon yang berminat diminta hadir temuduga dengan bawa:

  • Kad pengenalan
  • Sijil akademik dan kokurikulum (asal dan salinan)

Calon juga diminta berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga (seluar jean dan kemeja T berkolar bulat adalah tidak dibenarkan).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Remy di talian 010 7050190.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.