Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran • Ramai Veteran ATM Tak Tahu Mereka Kini Boleh Mohon Kerja Melalui Sistem Khas Ini •Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Mula Panggil Temu Duga Guru DG9 Tahun 2026 Bermula 12 Mei •Permohonan Pengajian Islam & Bahasa Arab Ke Algeria, Tunisia, Libya, Oman Dan Cape Town Dibuka Bagi Sesi 2026/2027 •Bank Negara Malaysia Buka Permohonan Kijang Graduate Programme Mei 2026 •Keputusan UPU Lepasan SPM 2026 Diumum 22 Mei: Ini Tarikh Semakan, Rayuan & Setuju Terima Tawaran •

5 Langkah Buka Akaun CIMB Secara Online, Tak Perlu Ke Kaunter

Oleh Cikgu Shaari • September 27, 2021 • 2 min baca

5 Langkah Buka Akaun CIMB Secara Online, Tak Perlu Ke Kaunter
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Orang ramai yang nak buka akaun bank CIMB tak perlu ke kaunter pun kerana semuanya boleh dibuat secara atas talian! Mudah sahaja, buat permohonan online dan kad debit akan dihantar terus ke rumah anda! Jimat masa dan tenaga anda kerana anda tidak perlu langsung ke kaunter untuk buka akaun.

Dah tak perlu bersesak di kaunter bank terutama pada musim penularan wabak Covid-19 ini. Dengan simpanan RM20 sahaja anda dah boleh buka akaun dan dapatkan kad bank CIMB anda.

Mudah! Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan buka akaun CIMB Bank secara online.

AKAUN SIMPANAN-I OCTOSAVERS

Akaun Simpanan-i digital pertama yang menawarkan ganjaran segera melalui misi dan cabaran, dengan banyak manfaat lain, semuanya dalam aplikasi CIMB Clicks. Kami juga akan menghantar kad debit CIMB Octo Debit Mastercard baru anda terus ke rumah!

Apa yang anda perlukan adalah:

  • MyKad
  • Deposit permulaan minimum RM20 melalui pemindahan FPX dari akaun bank anda yang lain
  • Pendaftaran CIMB Clicks

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan buka akaun CIMB secara online:

  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sahaja
  • Akaun bersama, akaun amanah bagi individu bawah umur dan akaun kanak-kanak tidak dibenarkan
  • Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
  • TIDAK memiliki sebarang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan Asas/-i dengan CIMB. Nota: Untuk pelanggan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan/-i Asas, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain di CIMB Clicks.

LANGKAH BUKA AKAUN CIMB BANK SECARA ONLINE

Untuk buka akaun CIMB Bank secara online atau akaun simpanan OctoSavers-i CIMB, anda hanya perlu ikut 5 langkah berikut:

Setelah akaun anda sudah berjaya dibuka, kad debit anda akan dihantar terus ke alamat rumah yang anda daftarkan. Kad debit Octo akan dihantar ke rumah dalam masa 7 hingga 14 hari. Mudah kan?

Untuk maklumat lanjut berkenaan pembukaan akaun simpanan OctoSavers, anda boleh rujuk di laman web www.cimb.com.my.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.