Cara Mohon Pengambilan Khas Guru KPM Terbuka Buat Semua Graduan Tiada Ikhtisas Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan bukan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau guru di sekolah KPM tahun 2021.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
  • Lokasi penempatan: Seluruh Malaysia
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji permulaan: RM2,188.00
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Oktober 2021

PENEMPATAN PENGAMBILAN KHAS GURU

Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
  • Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional)

OPSYEN YANG DITAWARKAN

Opsyen yang ditawarkan dalam Pengambilan Khas secara kontrak ini adalah seperti berikut:

Sekolah Kebangsaan (SK)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Sekolah Menengah (Aliran Perdana)

Sekolah Menengah (Aliran Teknik dan Vokasional)

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan PPP Gred DG41 adalah seperti berikut:

  • Tidak mempunyai ikhtisas pendidikan; dan
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;
  • Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common Europea Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);
  • Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;
  • Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan
  • Begi pemohon opsyen Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun calon-calon perlulah:
    a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tersebut; atau
    b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa-bahasa tersebut;
    atau
    c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa-bahasa tersebut.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

Calon berikut adalah TIDAK LAYAK membuat permohonan:

  • Calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan;
  • Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM;
  • Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program;
  • Calon yang diisytiharkan bankrap;
  • Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan
  • Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

CARA MOHON

Permohonan pengambilan khas Guru KPM buat graduan bukan pendidikan hanya boleh dibuat secara dalam talian mulai 27 September 2021 dengan melayari portal IPGM di alamat berikut:

Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Pastikan permohonan dihantar selewat-lewatnya 10 Oktober 2021 (Ahad) sebelum jam 11.59 malam.

MAKLUMAT & PERHATIAN

  • Pemohon yang layak perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum ditemu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);
  • Pemohon yang lulus temu duga dan ditawarkan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat-syarat di dalam surat tawaran serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa untuk berkhidmat di mana-mana sekolah sama ada di kawasan bandar atau pedalaman;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang tiada ikhtisas pendidikan diwajibkan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti yang akan dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi mendapatkan ikhtisas pendidikan dengan pembiayaan sendiri dalam tempoh kontrak dan layak menuntut elaun perjalanan untuk menghadiri kursus tersebut tertakluk peruntukan semasa Jabatan;
  • Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) yang telah menamatkan dengan jayanya Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara Kursus Dalam Cuti di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan memperolehi ikhtisas pendidikan sahaja akan diperakukan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik
    (PBM) untuk dipertimbangkan pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah yang ditetapkan dan tidak akan dipertimbangkan sebarang permohonan pertukaran sepanjang tempoh kontrak;
  • Semakan berhubung kelayakan menduduki UKCG, panggilan temu duga boleh dibuat di laman web IPGM (https://mypdpp.moe.gov.my); dan
  • Semua pemohon perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dibawa semasa menghadiri temu duga yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    http://www2.mqa.gov.my/mqr/; atau
    http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

Untuk maklumat penuh, anda boleh rujuk iklan pegambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Di KPM:

iklan pengambilan khas guru kpm 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma