Geran Kereta Rosak/ Hilang, Ini Step By Step Cetak Di Kiosk JPJ Tanpa Ke Kaunter

Orang ramai sering merungut perlu menunggu terlalu lama untuk berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ramai tak tahu sebenarnya JPJ ada menyediakan perkhidmatan mesin kiosk di seluruh negara untuk kemudahan orang ramai! Mungkin ramai juga yang tahu kewujudan mesin ini, tetapi tak semua yang tahu menggunakannya.

Sebenarnya banyak perkhidmatan yang disediakan di Kiosk JPJ. Kiosk JPJ ini disediakan di seluruh negara di lokasi tertentu bagi memberi kemudahan kepada orang ramai. Geran kereta anda rosak atau hilang?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan cetak salinan geran kereta di kiosk JPJ tanpa perlu ke kaunter.

SENARAI KIOSK JPJ DI SELURUH NEGARA

Berikut adalah senarai Kiosk JPJ di seluruh negara:

PANDUAN CETAK GERAN DI KIOSK JPJ

Berikut adalah panduan lengkap mencetak geran kenderaan yang rosak atau hilang di kiosk JPJ:

  1. Pergi ke mana-mana kiosk JPJ yang berdekatan
  2. Masukkan kad pengenalan anda di bahagian PEMBACA MyKAD
  3. Letakkan cap jari anda di bahagian yang disediakan.
  4. Klik SALINAN
  5. Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan anda
  6. Masukkan kad debit/kredit anda untuk buat bayaran
  7. Salinan geran anda akan dikeluarkan di bahagian bawah

Siap! Mudah kan? Tak perlu beratur panjang di kaunter JPJ dah, lebih cepat urusan anda! Selain daripada perkhidmatan yang mudah melalui kiosk JPJ, anda juga boleh berurusan secara online melalui MySikap.

Sumber

@blush.scrubEasy peezyy♬ original sound – InazLove

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma