Jimat Air 1.0: Cara Claim Baucar Shopee RM200 Untuk Pembelian Mesin Basuh
Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran hebat,Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh di Shopee.
Sesuai untuk pengguna Shopee yang berhasrat nak beli mesin basuh baru! Jika berminat, anda boleh dapatkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kempen dan baucar Jimat Air 1.0 yang ditawarkan.
Isi Kandungan
TAWARAN JIMAT AIR 1.0
Pengguna Shopee yang telah aktifkan atau verify Shopee akan dapat e-baucar sebanyak:
- RM200
SYARAT TAWARAN
Untuk makluman anda, TIADA syarat pembelian khusus dikenakan kepada orang ramai yang ingin dapatkan e-Rebat ini. Anda hanya perlu verify akaun ShopeePay anda untuk dapatkan baucar.
Berikut adalah panduan verify akaun ShopeePay anda:
- Klik pada bahagian ShopeePay anda
- Pergi ke bahagian ShopeePay Setting
- Di bahagian IC Verification, klik Set Now
- Ambil gambar kad pengenalan dan gambar anda
- Tick pada kotak yang disediakan dan klik Confirm
CARA TEBUS BAUCAR JIMAT AIR 1.0
Pengguna yang telah berjaya verify akaun ShopeePay tidak perlu buat sebarang penebusan.
- Baucar RM200 akan dikreditkan secara automatik ke bahagian “My Voucher” anda pada 24 September 2021
- Tambah barangan dengan label Jimat 1.0 ke troli anda
- Untuk pembelian, pilih baucar Jimat Air 1.0 dan bayar menggunakan ShopeePay semasa checkout
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen Jimat Air 1.0, anda boleh hubungi SPAN di talian 03 8317 9333 atau melayari laman web SPAN di https://www.span.gov.my/