Panduan Penganjuran & Menghadiri Majlis/Kenduri Kahwin Di Saat Gejala COVID-19 Berleluasa

Sehingga kini, wabak penyakit Novel Koronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 semakin berleluasa sehingga melibatkan 128 kes di Malaysia sehingga hari ini. Semua orang telah dinasihatkan untuk tidak berada di tempat awam serta di khalayak ramai sehinggakan ramai yang ragu-ragu untuk melangsungkan majlis atau menghadiri majlis.

Namun, perlukah anda membatalkan majlis perkahwinan yang telah dirancang sekian lama?

Jawapannya tidak! Anda tidak perlu membatalkan rancangan majlis perkahwinan tersebut sebaliknya anda perlu tahu beberapa perkara penting untuk anda ikuti semasa majlis berlangsung.

Perkongsian di bawah adalah panduan kepada tuan rumah yang bakal melangsungkan majlis serta tetamu yang berhasrat untuk menghadiri majlis.

TANGGUNGJAWAB & TINDAKAN TUAN RUMAH

Antara tanggungjawab sebagai tuan rumah dalam melangsungkan majlis adalah seperti berikut:

  • Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tetamu (Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada disebelah kiri)
  • Sekiranya bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer
  • Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun
  • Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer kepada tetamu

TANGGUNGJAWAB & TINDAKAN TETAMU

Antara tanggungjawab sebagai tetamu yang akan menghadiri majlis di khalayak ramai adalah seperti berikut:

  • Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tuan rumah dan tetamu yang lain (Gantikan dengan meletakkan tangan di dada disebelah kiri)
  • Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun
  • Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain
  • Sekiranya bergejala, pakai topeng muka untuk menghadiri majlis kenduri atau lebih baik tidak menghadiri majlis tersebut

Panduan Penganjuran & Menghadiri Majlis/Kenduri Kahwin Di Saat Gejala COVID-19 Berleluasa

Pastikan anda ikuti panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini bagi penganjuran atau menghadiri sesuatu majlis atau kenduri kahwin. Elakkan menyebarkan lagi penyakit ini dengan ambil langkah berjaga-jaga yang telah dinasihatkan. Semoga bermanfaat buat tuan rumah serta tetamu yang berhasrat menghadiri majlis.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma