Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Tarikh Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP Yang Berstatus Gagal Kredit

Oleh Cikgu Shaari • December 28, 2021 • 1 min baca

Tarikh Pembayaran Semula Terakhir Penerima GKP Yang Berstatus Gagal Kredit
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) sebelum ini yang berstatus GAGAL KREDIT akan menerima bayaran terakhir masing-masing pada bulan Disember ini. Pembayaran semula ini juga melibatkan individu yang telah mengemaskini akaun bank sebelum ini.

Pembayaran akan dibuat ke akaun masing-masing secara berperingkat. Anda boleh semak akaun bank masing-masing dari masa ke semasa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran semula GKP.

SEMAKAN STATUS

Penerima dan pemohon GKP sebelum ini boleh buat semakan status di pautan berikut:

TARIKH PEMBAYARAN GKP

Penerima GKP yang sebelum ini dah buat semakan dan mendapati status adalah GAGAL KREDIT, anda akan menerima bayaran semula pada:

  • Mulai  27 Disember 2021

Pembayaran ini juga melibatkan penerima yang telah kemaskini maklumat akaun bank pada 6 hingga 20 Disember 2021

PEMBAYARAN SEMULA GKP

Pembayaran ini melibatkan pembayaran semula program GKP bagi tahun 2021 sahaja iaitu:

  • GKP Permai
  • GKP 3.0
  • GKP Pemerkasa+
  • GKP 4.0

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Untuk makluman anda, SEMUA penerima GKP sebelum ini telah menerima bayaran GKP 4.0 masing-masing . Bayaran GKP 4.0 dibuat secara berperingkat melalui 2 fasa berikut:

  • Fasa pertama: RM500
    – September 2021
  • Fasa kedua: RM500
    – November 2021

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman gkp.hasil.gov.my atau laman Facebook rasmi LHDN.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.