Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Untuk Pengajian Sarjana Muda Kini Dibuka
Kesejahteraan negara kita bergantung pada bagaimana kita memelihara anak muda. Di Bursa Malaysia, kami percaya dapat memberi peluang kepada individu untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Sejak tahun 2006, YBM telah memberikan biasiswa penuh untuk pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus sarjana di tujuh universiti awam tempatan yang dinyatakan.
Pelajar yang dapat tawaran kemasukan ke pengajian tinggi dah boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 28 September 2022. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM).
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya tarikh berikut:
- 29 September 2022
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk buat permohonan biasiswa yang ditawarkan adalah:
- Warganegara Malaysia berumur kurang 22 tahun pada tarikh permohonan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
- Telah menerima tawaran kemasukan pengajian sepenuh masa sarjana muda di universiti tempatan
- Mendapat salah satu keputusan seperti berikut:
– STPM: Minimum 2A dan 2B
– A-levels: Minimum 2A dan 2B
– Matrikulasi/ Asasi: CGPA 3.5 dan ke atas
– MUET: Band 4 - Aktif dalam aktiviti kurikular dan kokurikulum
- Ada sifat kepimpinan yang baik
BIDANG PENGAJIAN
Permohonan dibuka kepada pelajar yang sambung pengajian dalam bidang berikut:
- Perakaunan/ Kewangan
- Ekonomi
- Undang-undang
- Pentadbiran Perniagaan
CARA MOHON
Pelajar yang berminat dengan biasiswa yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan yang disediakan ke alamat emel atau alamat berikut:
- Emel: scholarship@bursamalaysia.com
- Alamat:
Bursa Malaysia Berhad
Yayasan Bursa Malaysia
11th Floor, Exchange Square,
Bukit Kewangan,
50200, Kuala Lumpur
Klik butang di bawah untuk muat turun borang permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia: