Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Sehingga Februari 2022, Semak Jadual Persekolahan 2021 & 2022 Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • September 13, 2021 • 2 min baca

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Sehingga Februari 2022, Semak Jadual Persekolahan 2021 & 2022 Di Sini
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam sidang media oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi semalam, beliau telah memaklumkan murid yang terlibat akan hadir ke sekolah secara bersemuka secara penggiliran dengan kapasiti 50% murid. Ibu bapa diminta ambil perhatian kaedah penggiliran kemasukan ke sekolah yang dikongsikan.

Untuk makluman anda, sesi persekolahan tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari tahun depan bagi membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan semua pelajar yang ketinggalan bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelanjutan sesi persekolahan dan jadual persekolahan tahun 2021 dan 2022.

MURID AKAN KEKAL DALAM DARJAH & TINGKATAN

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, semua murid akan kekal dalam darjah dan tingkatan masing-masing pada Januari dan Februari tahun depan sebelum dibenarkan naik ke peringkat seterusnya bermula pada Mac 2022.

Contohnya:

  • Murid Tingkatan Satu tahun ini akan kekal hingga Januari dan Februari 2022 dan naik ke Tingkatan Dua pada Mac 2022
  • Begitu juga sekolah rendah, murid Tahun Enam tahun ini akan kekal sebelum boleh naik ke Tingkatan Satu pada Mac 2022

Satu kumpulan yang akan masuk lambat sedikit ke sekolah adalah pelajar Tahun Satu sesi 2022 yang mana mereka akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 & 2022

Ibu bapa diminta untuk ambil perhatian dengan sesi persekolahan tahun 2021 dan 2022 berikut:

  • Sesi persekolahan 2021: Oktober 2021 hingga 10/11 Disember 2021
  • Cuti Akhir Tahun: 10/11 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021
  • Sambungan sesi persekolahan 2021: 1 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022
  • Tarikh kemasukan darjah/ tingkatan baru 2022: Mac – April 2022

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Seperti yang dimaklumkan, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.