Cara Mohon Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0. Terima RM200 Tunai

Kerajaan Negeri Perak dibawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) akan membuka permohonan bantuan khas secara one-off kepada mahasiswa B40 dan memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa dalam meringankan beban keluarga.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) & Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan mahasiswa yang ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup permohonan berikut:

  • Tarikh tutup permohonan: 14 Oktober 2022

KADAR BANTUAN KHAS MAHASISWA

Bantuan tunai secara one-off dalam meringankan beban Mahasiswa yang terkesan dalam tempoh pandemik Covid-19 sebanyak:

  • RM200

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN

Semak syarat kelayakan mohon bantuan-bantuan mahasiswa yang ditawarkan:

Syarat Permohonan Bantuan Khas Mahasiswa

  • Mahasiswa peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) sepenuh masa di dalam negara
  • Tidak menerima Bantuan Kewangan Pendidikan dari Kerajaan Negeri/ Persekutuan/ Korporat
  • Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Anak Negeri dan beralamat di Perak
  • Perlu memberikan bukti masih belajar di IPT (Surat Tawaran atau Keputusan Peperiksaan Semester terkini)
  • Pemberian bantuan adalah terhad kepada 2,000 penerima terawal mengikut terma dan syarat

CARA MOHON

Mahasiswa negeri Perak yang memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan sebelum 14 Oktober 2022 secara online melalui pautan yang disediakan. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

permohonan bantuan khas mahasiswa perak 3.0

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi PASAK di talian whatsapp 60182974725 atau 60194000514. Anda juga boleh terus ke laman https://perakpasak.org/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma