Tips Persediaan & Alatan Teknikal  Diperlukan Untuk Temuduga Online Pengambilan Khas Guru KPM

Dah selesai jalani ujian eUKCG bagi pengambilan khas guru KPM? Walaupun tidak dapat panggilan temuduga lagi, calon dah boleh buat persediaan dari sekarang!

Seperti dimaklumkan, calon akan menjalani temuduga secara online melalui Cisco Webex. Untuk persediaan, anda dah boleh DAFTAR CISCO WEBEX sekarang dan buat persediaan dari segi teknikal atau setup tempat temuduga dan peranti untuk temuduga nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips persediaan teknikal untuk temuduga online.

Rujuk: 70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off

TIPS PERSEDIAAN TEKNIKAL TEMUDUGA GURU SPP

Berikut adalah 10 tips persediaan teknikal yang boleh dijadikan panduan untuk calon yang bakal menghadapi temuduga online:

1 Menggunakan Telefon/ Peranti Yang Berkualiti

Telefon antara alat yang penting dalam sesi temuduga online. Jika kita menggunakan telefon baru risiko untuk telefon “Hang” adalah lebih rendah berbanding telefon lama. Jadi, pastikan phone ada berada dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang masalah.

Anda juga boleh gunakan laptop untuk temuduga online untuk pelaksanaan temuduga lebih lancar.

2 Menggunakan Kamera Telefon/ Laptop Yang High Definition (HD)

Pastikan kamera telefon atau laptop berada dalam yang sangat baik supaya panel dapat melihat anda dengan jelas. Anda bayangkan jika ada menggunakan kamera yang berkualiti rendah, kemungkinan besar untuk panel temuduga tidak dapat melihat anda dengan jelas adalah tinggi.

3 Wifi/ Line Telefon Yang Laju

Wifi/Line Telefon sangat penting semasa sesi temuduga (online) supaya sesi temuduga dapat berjalan dengan lancar. Wifi/Line Phone yang bermasalah akan menganggu perjalanan sesi temuduga.

4 Lokasi Yang Sesuai

Lokasi sangat penting semasa sesi temuduga. Kita kena cari lokasi yang tidak bising, kawasan yang terang dan lapang. Cuba anda bayangkan semasa anda sedang di temuduga tiba-tiba ada bunyi hon kereta atau bunyi jiran bergaduh, confirm akan mengganggu konsentrasi anda, betul tak?

5 Menggunakan Mini Microphone & Wireless Earphone

Saya membeli mini microphone untuk pastikan suara saya dapat didengari dengan jelas oleh panel temuduga. Mini microphone ini sangat penting pada saya kerana apabila suara kita tidak jelas ia akan menganggu tumpuan panel temuduga. Saya juga menggunakan wireless earphone supaya dapat mendengar soalan yang dikemukakan oleh penemuduga dengan jelas dan lebih fleksibel untuk memposisikan kedudukan saya lebih selesa dari jarak telefon pintar yang digunakan.

Berikut adalah contoh mini microphone yang boleh diguna:

Tips Persediaan Teknikal Untuk Temuduga Online Kerajaan - Perkongsian Calon Lulus

6 Posisi Badan Yang Sesuai Dan Menarik

Saya letakkan kamera telefon agak jauh sedikit agar panel temuduga dapat melihat saya dengan jelas sekurang -kurangnya dari paras perut hingga kepala. Walaubagaimanapon, saya memilih posisi penuh badan (dari kepala hingga hujung kaki) untuk dilihat dan dinilai oleh penemuduga sekaligus menunjukkan keseriusan dan kesediaan saya untuk ditemuduga. Mini Microphone yang saya beli sangat memudahkan walaupun kedudukan telefon pintar agak jauh.

7 Berpakaian Lengkap Seperti Temuduga Sebenar

Saya berpakaian lengkap dari atas hingga bawah dan memastikan memilih rona warna tidak lebih dari 3 warna termasuk warna baju kemeja,blazer,tali leher,seluar,stokin dan kasut. Bagi calon lelaki,elakkan memakai baju kemeja berwarna gelap dan bercorak. Dan bagi calon perempuan elakkan memakai baju bercorak bunga besar,dan perhiasan yang sarat. simple but nice.

8 Hujahan Jawapan Yang Kemas, Padat & Berkeyakinan

Setiap hujahan jawapan perlulah padat dan kemas. Pastikan anda membuat preparation awal dan menyemak latar belakang majikan anda secara terperinci. Selain itu,anda juga boleh menyediakan sekurang- kurangnya 50 soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga beserta jawapan yang tepat dan padat. Lakukan latihan bersama orang yang terdekat atau dihadapan cermin berulang kali.Persediaan awal ini akan meningkatkan lagi keyakinan anda semasa ditemuduga. Practice make perfect!

9 Resume Yang Menarik

Resume yang hebat akan menarik perhatian panel temuduga. Maklumat dalam resume pastikan lengkap tapi ringkas. Design terpulang ikut citarasa masing-masing cuma pastikan ia simple dan tidak serabut bila dibaca oleh panel temuduga.

10 Doa Dari Ibu Bapa & Tawakal

Kita bukan siapa-siapa kalau bukan kerana berkat doa dari ibu bapa. Memandangkan saya tinggal berjauhan dari mak dan abah,hampir setiap hari saya menelefon mereka untuk berdoa dan solat hajat kepada Allah semoga urusan saya dipermudahkan.

Saya ada 1 prinsip hidup yang saya pegang hingga saat ini iaitu “Usaha kerja kita, Nak Bagi Rezeki kerja Tuhan.” Bila kita dah usaha, kita serahkan bulat-bulat pada Tuhan. Insya Allah, hati kita lebih tenang sama ada diterima atau ditolak untuk bekerja.

Tips Persediaan Teknikal Untuk Temuduga Online Kerajaan - Perkongsian Calon Lulus

Baca: Kaedah Temuduga & Kriteria Penilaian Pengambilan Khas Guru SPP Secara One-Off

Semoga perkongsian oleh saudara Muhammad Ashraf Che Ani ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dan calon yang bakal menghadapi temuduga secara online. Perkongsian ini adalah satu perkongsian yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma